Saya paling tak suka kalau ada orang mengadu domba hal diri saya, demi mencapai matlamatnya sendiri. Saya sendiri tidak tahu, apa yang menyebabkan 'dia' sangat tak suka pada saya. Adakah berkepentingan peribadi? Kalau atas dasar kerja, sila beritahu secara berdepan. Bukan dengan cara menjaja cerita mengenai saya dari satu orang kepada orang yang lain. Tapi kalau pasal peribadi, saya rasa tak patut dicampur adukkan dengan hal kerja. Apatah lagi dengan tujuan untuk menjatuhkan saya di hadapan orang atasan saya.
Kadang-kadang saya pelik, dengan orang seperti ini. Di depan saya, tidak kelihatan sepertinya dia tidak menyukai saya. Baik-baik sahaja. Jadi, bagaimana saya sangka, dia akan memperlakukan saya seperti itu? Kalau tidak ada yang menegur saya, pasti saya tidak tahu perangai buruknya itu di belakang saya.
Perasaan irihati dengan kejayaan orang lain, dilawan dengan perasaan hasad dan dengki yang akhirnya membawa kepada menjaja kisah yang tidak sepatutnya kepada orang lain. Menggunakan 'kuasa' yang dia ada 'kononnya' dengan menghasut orang atasan. Oh, sungguh tak patut. Kalau perasaan irihati itu, digunakan dengan cara yang positif kan bagus... Melawan kejayaannya dengan cara berusaha untuk mencapai kejayaan yang sama.
Apa yang harus saya lakukan? Setelah difikir-fikirkan, lebih baik saya berdiam diri sahaja. Kerana tiada gunanya saya melawan orang-orang begini. Nanti tiada bezanya saya dengan dia. Kalau pun, sikapnya itu akan mengesankan 'pendapatan' saya, bukannya dia atau orang atasan saya yang memberikan rezeki itu pada saya. DIA yang memberikan rezeki saya. Saya tidak gentar kerana saya tahu DIA ada bersama saya. Alhamdulillah...
P/S : Alhamdulillah, saya telah amalkan memakan B-Complex yang mengurangkan rasa stress saya, dan dapat saya lalui dugaan ini dengan tenang...
No comments:
Post a Comment