:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Saturday 19 December 2009

Jurnal 2 Hati : 042 - Warna Tema, Mungkin Berubah

Hari tu, sepupu saya pernah cakap, selagi belum tiba majlis, macam-macam perkara yang kita rancangkan pada awalnya, pasti akan berubah. Tidak banyak pun, pasti sedikit. Itulah yang saya rasai kini. Kadang-kadang tu, sampai pening tak tau nak buat apa & bagaimana mahu dibuat.

Begitu dengan cerita mengenai warna tema. Keluarga saya, sebenarnya paling tepat Mama saya, telah sangat mahukan warna hijau menjadi tema majlis resepsi saya. Lagi pula, kain untuk dibuat baju melayu Ayah & adik-adik, sudah pun dibeli. Tinggal lagi mahu menempah sahaja, pada Januari depan. Mama pun sudah punya satu set baju berwarna hijau lumut.

Semasa menjalankan misi mencari baju pengantin untuk sesi persandingan, susah betul mahu mencari warna idaman itu. Kalau boleh mahu digabungkan bersama warna putih atau krim. Tidak warna lain, kerana ia mungkin tidak sesuai untuk bakal suami saya nanti. Baju yang memikat hati saya tu, berwarna krim+gold sedikit sahaja. Kerana ahli keluarga yang lain sudah menjadi hijau, tidak mungkin untuk kami pengantin memakai hijau pokok juga. Hehe...

Hari itu, mengikut perancangan, baju nikah pastinya berwarna putih. Dan saya beria-ia mahu menggabungkan dengan warna gold, since tak dapat nak gunakan warna kegemaran saya itu untuk majlis resepsi. Tapi, bila baju bersanding sudah berwarna krim+gold, takkan mahu baju nikah warna putih+gold pula kan? Jadi sepakat bersama Mama, gabungan warna itu, mungkin akan diubah. Nasib baik, manik belum dijahit. Cuma songket untuk sampin En. Tunang sudah dibeli, berwarna putih+gold. Warna apa ingin digabungkan? Mungkin hijau, mungkin juga warna lain. Belum berbincang bersama En. Tunang lagi.

Betul kan saya cakap? Kadang-kadang perkara yang berkaitan itu, cuma kecil & kadang-kadang rasa macam remeh pula. Tapi sebab melibatkan juga, banyak orang penting, banyak juga hati yang perlu dijaga. Saya harap, saya mampu bersabar dengan segala macam karenah, juga mungkin masalah yang bakal mendatang, sehingga majlis selesai dengan lancar...

2 comments:

cikteratai said...

hanya pendapat~buat baju nikah putih silver pun cantik...sweet...nice...sesuci kalbu...hehehehhe....
baju pengantin tak sama ngan warna baju family pun tak kisah...nnt tagkap gambar tak der ler tercari2 mana satu pengantin..hahahah

MaZNi PutERi said...

cantik juga tu. tapi sebab dah beli sampin untuk En. Tunang warna putih+gold, tu yang berfikir2 nk amik warna apa kan.

Sebab tulah saya pilih baju bersanding warna krim, nanti takut orang rasa macam masuk utan pulak. Hijau je kan...