:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Sunday 15 November 2009

Tercipta Untukku : Saya Pernah Kecewa

Saya akui, beliau bukan cinta pertama saya. Tapi, insyaAllah, akan saya jadikan beliau sebagai cinta terakhir saya, dan biarlah syurga menjadi saksi, kepada ikatan suci ini. Ameen...

Memang tempoh perkenalan kami sangat singkat. Tapi saya yakin dengan janji-Nya. Beberapa bulan sebelum saya bertemu beliau, saya baru sahaja dikecewakan oleh seseorang yang saya fikirkan bakal menjadi pemimpin saya. Saya tersilap rupanya. Kekecewaan itu memang amat memedihkan. Tetapi saya terima dengan redha. Saya pasrah. Saya tahu, jika DIA tarik sesuatu yang saya sangkakan baik untuk saya, DIA lebih tahu.

Saya percaya, jika bukan disebabkan kekecewaan itu, saya tak mungkin berada di sini, dengan entri-entri kekecewaan. Dan mungkin tanpa entri-entri kekecewaan itu, tak akan saya temui beliau di sini. Jika bukan disebabkan kekecewaan itu, mungkin saya tidak punya rasa ingin tahu yang menebal. Saya bersyukur...

Baiklah, kalau sesipa yang mengikuti blog saya ini dari awal dulu, pasti tahu sedikit. Biar saya ceritakan apa yang terjadi selepas kekecewaan itu. Dulu saya tidak punya kekuatan untuk meluahkan semua ini. Saya bukan bermaksud untuk membuka pekung sesiapa. Cuma sekadar pengajaran & iktibarnya banyak yang saya peroleh untuk dikongsi bersama. Sekarang saya kuat, kerana saya nampak hikmahnya kekecewaan saya itu.

Selepas saya diberitahu berita yang sangat menyedihkan daripada 'si dia', hati saya hancur! Cinta yang saya pertahankan selama hampir 2 tahun, jatuh terhempas ke lantai. Bukan sekali dia menipu saya, tetapi berkali-kali. Saya tak boleh terima kerana dia menggunakan landasan agama untuk menipu saya. Setelah itu, saya pasrah. Saya tahu, banyak dosa saya. Saya nekad untuk beristikharah. Seandainya dia memang jodoh saya, satukanlah. Jika bukan, tunjukkan siapakah orang itu.

Pertama kali melakukan istikharah, saya menggigil. Saya takut dengan jawapan yang bakal saya terima, sehinggakan saya menangis di dalam solat. Tapi, jika tidak saya lakukan, sampai bila-bila pun, saya tidak tahu benar atau tidak jalan yang saya pilih. Alhamdulillah, beberapa lama saya melakukannya, hati saya tenang & saya redha dengan apa yang berlaku. Kekecewaan yang saya rasa cuma sebentar, digantikan dengan rasa syukur pada-Nya. Saat itu saya sangat yakin, dia bukan untuk saya.

Pertemuan pertama dengan bakal suami (tunang saya sekarang), sangat-sangat mengejutkan. Saya terkejut & tidak sangka sangat! Saya pernah bermimpikan beliau. Saya pernah berjumpa beliau di dalam mimpi saya. Saya terkejut & memang tak terkata. Saya fikirkan mimpi saya itu mainan saya. Kiranya, saya mengenali beliau di dalam mimpi saya. Macam tak percaya kan?

Lepas ni, saya akan ceritakan pula, bagaimana saya boleh bermimpikan beliau...

2 comments:

O Ena O said...

bes cite ni maz..nti maz cite ye..x sbr nk tau cite...hehe
sbb mmg btol kate maz..isthikarah sgt2 penting..dan sy penah lalui keadaan mcm nie.huhuhu...

MaZNi PutERi said...

betul.. jwpn yg benar, ada pd DIA.. mohonlah...