:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Sunday 15 November 2009

Jurnal 2 Hati : 025 - Pencarian Orang Penting!

Selain daripada pengantin, yang memanglah orang terpenting dalam sebuah majlis perkahwinan kan, ada lagi yang sangat penting. Orang itu adalah 'PENGAPIT'. Rupanya susah juga mahu mencari pengapit ni. Ingatkan bila kita dah pilih orang itu, mereka mahu ke terus bersetuju. Saya kira, masalah ini pasti dilalui orang ramai bakal pengantin. Pening ya!

Sebenarnya saya memang telah memilih seseorang untuk menjadi orang kanan saya ni. Tapi, seperti yang saya katakan tadi, belum tentu mereka akan terus bersetuju kan. Nak tahu sebab apa? Sebab persepsi yang terlalu konservatif, kononnya kalau dah jadi pengapit nanti, mereka pula yang lambat sampai jodoh. Boleh?

Saya sendiri pernah jadi pengapit ye. Bulan Jun yang lepas. Sewaktu Acik minta tolong saya untuk menjadi pengapit beliau, laju je saya setuju. Tak pernah terfikir pun pasal lambat jodoh tu. Bukankah jodoh itu, rahsia Allah.

Takpelah, saya masih punya 5 bulan. Sekurang-kurangnya sebelum tahun depan, saya perlu sudah punya pengapit. Saya tak suruh kamu buat kerja free ye. InsyaAllah, punya rezeki lebih, akan saya belikan kamu kain ela 2 pasang. Ok?

4 comments:

PUAN THALHA : said...

wah. ada ke orang yang menolak kalau dijemput jadi pengapit? kalau saya, itu cam satu penghargaan kan. hum. betul tu cik mazni. itu semua pantang larang yang tah pape. Jodoh, pertemuan kan semua rahsia Tuhan.Tak lah kerana jadi pengapit, jodoh lambat sampai. Pada saya, jadi pengapit lah, time orang semua tengok, mana tahu jodoh datang.. orang berkenan.. kan? hihik! :) tak pelah cik mazni. kalau orang tak sudi, banyak lagi orang yang sudi kan?

MaZNi PutERi said...

betul tu thalha. doakan saya pun. kalau tak dapat nanti, saya mintak tolong awaklah. hehehe

O Ena O said...

oh..sy penah lalui pengalaman jd pengapit...hahahha..jd pengapit ms besfren sy kawen..rs terharu sgt bile die amik kite jd pengapit...huhuhu...rs di hargai...

MaZNi PutERi said...

kan? sepatutnya mcm tulah... bak kata mama saya, lagi lekat jdohoh ada la.. hehe