:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Monday 16 November 2009

Bukan Saya Sengaja

Jika kamu fikir, saya sengaja berbuat seperti ini, kamu silap. Sebenarnya bukan saya mahu ianya jadi seperti ini. Tapi, mungkin ini yang terbaik buat kita. Memang kamu yang terbaik, tiada yang lain. Namun, kadang-kadang ego kamu melampaui batas.

Takkan saya mahu mengikut telunjuk kamu sahaja. Takkan semuanya yang saya lakukan perlu bertanya kepada kamu terlebih dahulu. Takkanlah hanya disebabkan keluarga saya mengenali kamu, kamu bisa melakukan apa sahaja terhadap saya.

Bukan saya mahu jadi begini. Bukan saya sengaja menjauhkan diri. Saya cuma mahu kamu membiasakan diri. Kerana kelak, saya tidak boleh lagi seperti selalu.

Bukan saya sengaja mendiamkan diri. Tapi kadang-kadang diam itu lebih baik. Mungkin ini yang terbaik untuk kita sama-sama bermuhasabah diri. Saya tahu, nasib kita hampir sama. Tapi saya tidak suka kamu menyalahkan takdir kamu. Ketahuilah, semua yang berlaku, ada hikmahnya. Takkan DIA sengaja melakukan sesuatu untuk yang sia-sia.

Saya mahu kamu sedar, setiap orang telah ditetapkan jodohnya. Cuma jambatan jodoh itu, ada yang panjang, ada singkat. Tapi, janganlah sampai kamu mahu melawan fitrahnya menjadikan anak Adam, hidup berpasang-pasangan.

Saya sentiasa mendoakan yang terbaik buat kamu. Kerana kamu masih punya sisi baik untuk saya kenangi. Selamanya akan saya ingat jasa baik kamu kepada saya. Namun, saya redha andai ini yang terbaik buat kita. Saya berharap, kamu akan bersama saya pada hari bahagia saya nanti. Semoga ianya mampu menjadi batu loncatan buat kamu.

Buat kamu, sahabat.. Saya tak pernah melupakan detik indah itu. Kamu tetap sahabat saya, sampai bila-bila. Maaf saya pohon...

2 comments:

Atiqah Adnan said...

samalah kita muhasabah diri dengan melihat dugaan yang menimpa ke atas orang lain.. kalau kita susah ade orang lagi susah dari kita kan..? macam-macam..

MaZNi PutERi said...

betul tu... kdg2 silap sndri kita xnmpk kn...