:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Monday 3 August 2009

Sahabat Yang Istimewa

Beberapa hari yang lepas, saya berpeluang untuk berborak-borak dengan seseorang yang saya anggap sangat penting dalam hidup saya. Seseorang yang sentiasa bersama saya, dan menggembirakan saya saat duka saya. Saya sudah lama ketinggalan mengetahui keadaan dirinya, lantaran kesibukan menyiapkan diri menempuhi alam baru.

Sudah lama saya mengenali beliau, ketika saya aktif berpersatuan di MSU dulu. Saya rasa beliaulah antara teman berlainan gender yang banyak mengetahui kisah saya. Kisah suka dan duka saya. Yang bukan semua orang tahu.

Saya begitu mudah bercerita apa sahaja dengannya. Beliau menerima saya, walaupun saya rasa saya hanya teringatkan beliau, saat saya bersedih. Tapi, bukan saya mempergunakan beliau ye. Kerana memang kami begitu. Saat beliau berduka, sayalah orang pertama yang akan tahu. Dan biasanya kata-kata sokongan akan keluarlah, sambil diselitkan dengan gurau yang saya rasa kadang-kadang agak kasar. Tapi, kami saling menerima.

Pernah adik angkat saya, meng'mixmatch'kan saya dengan beliau. Dan memang kadang-kadang saat kita berduka, kita akan mudah jatuh cinta dengan orang yang berada dekat dengan kita saat itu. Tapi, saya sering mengingatkan diri sendiri, adalah lebih baik, perhubungan kami itu berjalan seperti kini, dan biarlah selama-lamanya begini. Kerana saya sangat selesa begini, dan kita tidak pasti apabila perhubungan itu diperpanjangkan ke skop yang lebih mendalam, adakah ia akan kekal begini? Kekal menggembirakan hati? Dan kita sendiri tidak pasti, adakah ianya mempunyai masa depan, dan andai ditakdirkan, ianya tidak menjadi. Bolehkah ianya kembali seperti sebelum tanpa rasa dendam dan marah? Pasti sukar bukan?

Akhirnya saya merumuskan, memang saya dan beliau ditakdirkan untuk menjadi kawan. Dan insyaAllah, kekal sebagai kawan selamanya. Biarlah begini, kerana inilah yang terbaik...





glitter-graphics.com

No comments: