Saya bukan terburu-buru. Tapi saya yakin dengan jalan yang DIA tetapkan buat saya. Bilamana hubungan kami, berjalan dengan mudah dari awal lagi. Bermula dengan sesi pertemuan, berkenalan dengan keluarga masing-masing dan membawa kepada hubungan kini. Semuanya diredhai dan direstui. Itu yang saya mahu, 'Bertemu Di Dalam Restu'. Bukan mudah ye... Kerana saya sudah mencuba beberapa kali. Kali ini, Alhamdulillah. Saya cuma pohon pada DIA, temukan redha kedua orang tua saya. Kerana redha Allah kan terletak pada redha kedua ibu bapa.
Mungkin juga sebenarnya penangan buku di bawah ni kot...
Buat apa mahu bercinta lama-lama jika anda sendiri tak pasti dengan pengakhirannya. Bukankah perkara yang baik itu harus segera dilaksanakan? Buku ni sangat baguslah. Saya suka gaya penulisan Ustaz Hasrizal ni. Best!!
glitter-graphics.com
No comments:
Post a Comment