:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Tuesday 21 April 2009

Tercipta Untukku : Semakin Dekat Detik Itu

Perasaan saya kini bercampur baur. Kadang-kadang saya rasa benda itu tak patut untuk difikirkan pun. Saya takut untuk melalui detik-detik itu. Kuatkah saya? Tabahkah saya? Mampukah dia bersabar dengan sikap saya ini? Sikap saya yang panas baran. Yang kadang-kadang mengamuk tak tentu pasal. Bukan semua orang boleh terima & memahami. Kerana itu, dari dulu lagi saya mencari orang yang boleh buat saya 'cool'. Yang boleh buat saya sendiri tersedar bahawa sesungguhnya saya sangat salah. Dan saya telah bertemu dia. Dalam keadaan yang tidak disangka-sangka. Hati mudah menerima, mungkin kerana memang dia jodoh saya. Biarlah begitu selama-lamanya, kerana sesungguhnya saya tidak sanggup untuk memulakannya sekali lagi.

Semuanya berlaku dengan begitu mudah sekali. Semoga jalan itu semakin mudah. Jika adapun onak & duri, semoga saya sentiasa cekal menghadapinya. Doakan saya! Doa kalian saya pohon, semoga apa yang dirancang, dipermudahkan jalannya.


2 comments:

Abdul Halim said...

saperla di tu ek...hehehe

MaZNi PutERi said...

sapa ey?
cuba la teka...
nnt dpt adiah...
nk x?