:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Saturday 18 April 2009

Bagaimana Saya Mula Meminati Beliau? ~~ Ramlee Awang Murshid

Seperti yang telah saya janjikan tempoh hari, saya akan menceritakan mengenai novel-novel R.A.M yang saya miliki. Tapi sebelum itu, adalah lebih baik saya menceritakan mengenai tuan punya hakcipta novel-novel tersebut, yang saya ketahui serba sedikit. Kredit saya berikan kepada WIKIPEDIA (Bahasa Melayu), yang memudahkan saya untuk mencari info mengenai beliau.


" Ramlee Awang Murshid (lahir 4 November 1967) ialah seorang novelis dan juga penulis Malaysia untuk Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 1986. RAMLEE Awang Murshid dilahirkan di Papar, Sabah, pada 4 November 1967 dan pemegang Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), bertugas sebagai wartawan penyiaran di RTM Angkasapuri Kuala Lumpur.

Dalam dunia penulisan, Ramlee terkenal sebagai novelis thriller dan sudah empat kali memenangi sayembara penulisan yang antaranya melalui kejayaan novel Pei Pan yang diiktiraf pemenang kedua Hadiah Sako bagi Novel Nasional 2002.

Pelajar Terbaik Komunikasi Massa 2000 UKM ini menyifatkan kejayaan Pei Pan meninggalkan kenangan paling manis kepada Ramlee kerana beliau penulis pertama dari Sabah yang meraih kemenangan bagi hadiah terbabit.

Beliau yang menerima Watikah Penghargaan Khas daripada UKM pada 2001 dan Pelajar Terbaik Keseluruhan Pusat Pengajian Media dan Komunikasi (2002) sudah menghasilkan 13 novel dan antaranya ialah Tombiruo, Ranggau, Mandatori, Satu Janji, A.D.A.M, Semangat Hutan dan Rahsia Perindu.

Novel terbarunya, Bagaikan Puteri, dinobatkan sebagai pemenang Anugerah Sastera Negeri Sabah dan sambutan daripada peminat menyebabkan dia teruja menyambung novel terbabit sehingga lahir trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu dan Hijab Sang Pencinta.

Dilahirkan di daerah Papar, Sabah, genre novel beliau pada umumnya berbentuk "thriller" dan seram."



Sejarah saya bersama beliau bermula apabila saya telah terlihat rakan serumah membaca novel beliau bertajuk 'Tombirou'. Saya bukanlah seorang kaki novel, dan pada awalnya saya langsung tidak berminat untuk membaca novel itu. Tetapi saya tertarik dengan tajuk novel itu yang pada saya lain daripada yang lain, yang menyebabkan saya tertanya-tanya apakah yang dimaksudkan dengan Tombirou. Apabila saya bertanya kepada rakan saya itu, beliau hanya berkata, "Baca dulu, baru tau". Saya mengambil masa yang begitu lama untuk saya menghabiskan pembacaan novel itu. Dan akhirnya saya akui, jalan ceritanya sangat menarik!

Novel pertama beliau yang saya miliki bertajuk, 'Rahsia Perindu'. Sejak itu saya mula mencari kesemua novel-novel beliau untuk dijadikan koleksi & setiap kali keluar hasil tangan beliau yang terbaru, pasti saya akan terus ke kedai buku untuk mendapatkannya. Ringkas saya katakan, nukilan beliau sekiranya dibaca dari awal, apa yang kita teka akan terjadi pada akhirnya, pasti terpesong sama sekali. Itu yang menyebabkan saya benar-benar jatuh hati dengan tulisan beliau. Jalan ceritanya menyebabkan kita tertanya-tanya apakah yang akan terjadi akhirnya. Tambahan pula, beliau banyak menggunakan fakta, walaupun jalan ceritanya adalah rekaan. Sebagai contoh, walaupun saya tidak pernah ke Sabah, tapi saya dapat merasai bagaimana keada di sana dengan membaca novel beliau.

Ada beberapa lagi novel beliau yang masih belum ada di dalam koleksi saya, dan saya masih lagi mencarinya. Jika ada sahabat-sahabat di luar sana yang tahu di mana boleh saya dapatkan novel-novel beliau tersebut, tolong beritahu ya!




3 comments:

Abdul Halim said...

http://kalamcoretanku.blogspot.com/

cuba tengok sini...hehehe

noorhayaty85 said...

salam..kak...kat mana nk dpt cite pei pan tu..sy pun minat karya ramlee awng murshid....tp x jmpe lah...anugerah pertama n igauan ngeri pun sy xde...sdh nye...

MaZNi PutERi said...

mmm...
mmg ssh nk dpt tu...
sy pun kebtulan ternampak, trus je beli...
kl awk nk pnjm kt sy pun boleh gak...
xde hal la...