:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Tuesday, 30 September 2008

Salam Lebaran




Sahabat2,
Arini last day puasa b4 raya...
So, aku nk mtak maaf bebayk kat korg sume...
Mana la tau kot ada tercerita pasal korg dlm blog ni xpa kbnrn...
Maafkan la yer...
Aku n family beraya di Bandar Baru Bangi sajork...
So sesapa yg rasa nk dtg dipersilakan...
Tp duit raya xdok yer...
Hahaha!

Friday, 26 September 2008

Kronologi - Si Putih

28/8 - Hantar dokumen tuk wat loan
29/8 - Hantar loan application ke BSN
03/9 - BSN reject
04/9 - Hantar loan application ke bank-bank lain
08/9 - MBB call
09/9 - Mtak guarantor
10/9 - Hantar dokumen guarantor
11/9 - MBB call guarantor
- Loan lulus
12/9 - Sign agreement
16/9 - Byr down payment
22/9 - Si Putih lahir (hehehe…)

Wednesday, 24 September 2008

Gaji Dah Dapat... Sila Setelkan Utang Yer...

Arini gaji baru masuk...
So, duit byk skjp jelah...
Hehehe...

Biasalah pagi2 pas dpt gaji trus bukak CIMB Clicks…
Perkara2 yg akn dibuat :
1) Byr bil telefon Maxis
2) Transfer duit ke MBB tuk byr Takaful
3) Transfer duit ke akaun Islamic tuk byr Insurans
4) Transfer duit ke akaun Kak Kma tuk byr Tupperware.
Tu je tuk bln ni…
Bln ni xdpt nk menyimpan sbb nk raya…

So jap g nk kuarkn cash…
Perkara2 yg akn dibuat :
1) Bg kat Ayah
2) Byr duit tumpang keta
3) Byr yuran Kelab Kebajikan Finance
4) Masukkan tabung cawan
5) Asingkan duit keta
6) Byr duit kuih raya
7) Byr duit baju
8) Asingkan duit raya tuk sepupu2 & Ank2 buah
9) Asingkan duit belanja raya tuk famili
10) Tak hengat pe lagi…

Bln ni tmbh belanja la…
Nk smpn pun xdpt sbb nk raya…
Hehehe…

Tuesday, 23 September 2008

Inilah Hasilnya.... :-)

MYVI EZI WHITE
22092008
WRV XXX
sorilah...
gmbr gelap...
segan nk bukak flash...
malu kat org sblh nun...
takut jd cam jakun lak...
hehehe...

Monday, 22 September 2008

Makna Ejaan Pada Nama

Cuba eja nama anda. Kemudian lihat siapa anda jika mengikut firasat di bawah ini:
A - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.
B - anda selalu berwaspada bila bertemu kenalan baru.
C - anda ada kelebihan, jangan malu mempamerkannya.
D - anda ada masalah dalam mempercayai orang lain.
E - anda sentiasa seorang yang exited (ghairah).
F - semua orang menyayangi anda.
G - anda ada cara sendiri untuk menilai manusia.
H - anda bukan seorang judgmental, kurang otak keadilan.
I - anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum.
J - anda seorang yang cemburu.
K - anda suka mencuba perkara-perkara baru.
L - anda sangat percaya dengan cinta dan mudah tenggelam ke dalamnya.
M - kejayaan mudah datang kepada anda.
N - anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.
O - anda seorang yang berfikiran terbuka.
P - anda seorang yang mudah berkawan dan mudah memahami.
Q - anda seorang hipokrit.
R - anda seorang yang gemar sosial.

S - anda sangat broad-minded (fikiran terbuka).
T - anda ada sikap canggih, amat canggih.
U - anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.
V - fizikal anda baik sekali.
W - anda suka menyendiri.
X - anda tak akan benarkan orang bagitahu apa yang patut anda buat.
Y - anda selalu penyebab pada banyak masalah.
Z - anda selalu bergaduh dengan seseorang.

Tak semestinya betul, harus salah. Sekadar suka-suka dan mungkin panduan untuk mengenali diri sendiri dan juga orang lain. Ikut pemerhatian saya selalunya ada kena mengena dan betul. Jika betul itu kebetulan, jika salah itu juga kebetulan. Yang betul dan baik rangsang terus, yang salah dan tak baik gantikan dengan yang baik atau hapus terus.- Dr. Hm Tuah Iskandar Al-Haj –

Contoh :-

N - anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.
U - anda merasakan anda ada ciri-ciri istimewa setanding dengan orang lain.
R - anda seorang yang gemar sosial.
M - kejayaan mudah datang kepada anda.
A - anda boleh jadi terlalu pendiam bila sesuatu ada dalam fikiran anda.
Z - anda selalu bergaduh dengan seseorang.
N - anda suka bekerja, tapi selalu mahukan kerehatan.
I - anda mudah senyum dan boleh membuat orang lain senyum.

Update IV - Projek (Khas untuk Acik)

Patutnya projek aku dh leh setel ari jumaat aritu…
Tapi atas sebab2 teknikal, xdpt la…
So, insyaAllah arini semua nye setel la…
Aku mmg berharap sgt2…
Sebab skrg ni mmg la tgh sesak giler2…

Acik beria-ia nk tau pe projek yg aku wat…
Mana leh gtau, rahsia la kn…
Sedangkan Colby dh tnye aku awl2 dlu pun aku xgtau…
Aku janji kat dia aku dpt je hasil aku akn amik gmbr benda tu n MMS kat dia…
So cam 1st la yg tau…
So, Acik lum anta MMS lg tu maknenyer lum dpt hasil lg la…
Bkn lupa tau @ buat2 lupa…
Tp mmg lum dpt lagi…

Saat keboringan melanda...

Video ni aku rekod ari Selasa lepas...

Time tu aku boring giler dok dlm meeting lama sgt...

So aku amik video mereka yg ada di dalam meeting room tu...

Program Ujung Minggu Ini + Cerita Hari Itu

Aku plan ujung mgu n ink p wat preparation raya…
Gaji baru kuar sok…
Bonus xdpt sbb aku lum confirm gik…
InsyaAllah bln 12 kang baru dpt ikut prorate…
So start dr ari Jumaat aku nk kuar g buka puasa gn Eila n Didi…
Tp Didi xconfirm gik ni…
Aku igt nk p Kenny Rogers kat Alamanda…
Aku mmg tingin giler nk mkn Kenny Rogers skang ni…

Pastu ari Sabtu dok umah je kot…
Ari ahd baru kuar g mana2…
Teman mama aku ler…
Nk g wat preparation raya…

Friday, 19 September 2008

Cerita Semalam

Semalam aku ada tergeram gn someone nih…
Aku xtau la sapa kan…
Sebab dia nih parking depan umah aku, sehingga la menyusahkan nk masuk parking umah sndri…
Aku tau lah ko pegi bazaar kat depan tu…
Tp tlglah parking elok2 sket…
Depan umah ok…
Kl aku jahat aku dh langgar kete kau!
Aku mmg bengang sesgt!

Yang Menyentap Selera...




Thursday, 18 September 2008

Tazkirah Hari Ini

Hari ni hari tuk aku baca tazkirah Ramadan..
Alhamdulillah, dh setel pun…
Aku baca pasal Erti Sebenar Sebuah Kebahagiaan…
Aku dh publish kat en3 sblm ni…
So far, ok…
Bos aku siap rekod lg…
Kelakar tul!
So, arini aku telah diberi gelaran as Ustazah Nur Mazni…
Hahaha!

Hari Untuk Anta Kad Raya

Kad raya yg company bg tu, dh lama dh dpt...
Tp ni hari ni, baru nk terhegeh2 anta...
Tu la dia...
Korang nk tgk kad raya UniKL...
Giler pink!!!
Aku ni mmg la suka pink...
Tp bl pink sgt, dh tu utk kad raya lak tu, aku rasa cm pelik la plak...
Segan pun ada...
Hehehe...
Tp, Dato' Presiden, suka giler gn kaler ni...
Pelik nyer...
Slalunya org laki xsuka kaler pink...
Hmm, ntah ler...

Tuesday, 16 September 2008

Update III - Projek

Projek aku dh mula menampakkn hasil…
Progress yg sungguh memberangsangkan…
Hasilnya akn diperoleh dlm mgu ni, @ plg lewat pun isnin mgu depan…
Ikut janji org tu la…
So, tungguuuuuu………..

Program Ujung Minggu

Hujung minggu ni aku ada plan besar…
Apakah plan yg sgt besar itu???
Aku akn mengikuti Kursus Perkahwinan di Putrajaya…
Pergi gn sapa?
Sorg jelah…
Mula plan nk pegi gn cousin aku 2 org, imah & yuz…
Tp last minute dorg ada hal la plak…
So, aku pegi sorg2 ler…

Thursday, 11 September 2008

Update II - Projek

Ha, arini aku ada brita best!
Sume dh bjln lancar...
Xde sgkut lg dh...
tgal sket je lg...
Korg tgu yer...
Nnt sume dh ok, aku tnjuk je kat korg pe projek ktrg tu...
Doakn sume success yer...
Thanks dear fren...

Wednesday, 10 September 2008

Ilmu Untuk Dikongsi

Mesti korg ala2 pelik kn…
Apsl aku nyer posting arini psl tazkirah…
Oklah..
Sebenarnye sempena bulan Ramadan ni, ktrg kat ofis ni sepakat nak buat tazkirah tiap2 pagi…
Setiap hari ada turn setiap org la…
So aku nyer turn ari Jumaat minggu depan…
Kiranya tgh prepare la ni…
Tu yg jumpa mcm2 artikel yg sesuai utk tzkirah…
So, 1st tazkirah tu akn aku baca la nnt…
Psl ‘erti sebenar sebuah kebahagiaan’…
Ringkas, tp padat…
Tu yg pntg!

Ok, 2nd tazkirah tu lak, saje je bg info kat kwn2…
Kn bulan Ramadan ni kita kena bayar zakat fitrah…
So, sgt2 sesuai la kn…

Lagipun ayah aku pun Amil Zakat…
So sapa2 kat bangi yg nk byr zakat, boleh la dtg ke Surau Al-Ehsan Seksyen 2 Bandar Baru Bangi, jumpa dgn Tuan Haji Wahid…

Tazkirah Ramadhan : Zakat Pengikat Kasih Penyebar Rahmat

Zakat fitrah merupakan gabungan dua perkataan iaitu zakat dan fitrah. Zakat membawa maksud menyucikan, manakala fitrah merupakan tabiat manusia yang suci bersih. Justeru, daripada sifat manusia yang suci dan ikhlas dalam menghulurkan hartanya, maka timbullah sifat kasih dan rahmat sesama insan.

Zakat merupakan suatu kewajipan yang mesti dilaksanakan dengan perbuatan dan tidak memadai dengan hanya percaya semata-mata. Ia merupakan suatu sistem tanggungjawab sosial ke atas orang Islam yang merdeka di mana harta yang dimilikinya melebihi daripada keperluan asas. Pemberian itu adalah wajib bagi diri setiap orang yang beragama Islam yang sempat hidup walau seketika di bulan Ramadhan.

Hadis Rasulullah s.a.w dari Anas Ibn Malik r.a mengatakan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:
“Puasa hamba itu tergantung antara langit dan bumi sehingga tertunainya zakat fitrah. Apabila telah menunaikan zakat, Allah akan datangkan padanya 2 kepak lalu menerbangkan kepak itu hinggga langit ke 7 dan Allah menjadikan lampu-lampu ‘Arasy itu bersinar hingga waktu pagi”.
Zakat mempunyai banyak kelebihannya antaranya dapat menyucikan jiwa daripada sifat tamak, bakhil, kedekut, hasad dengki dan sebagainya. Selain itu, ia juga dapat melahirkan sifat terpuji di dalam jiwa insan seperti tidak mementingkan diri dan dalam masa yang sama dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan bersatu padu.

Dan telah diriwayatkan, bahawa Uthman bin Affan r.a terlupa menunaikan zakat fitrahnya sebelum solat, maka dia memberikan tebusan (kifarat) dengan memerdekakan seorang hamba. Kemudian Nabi s.a.w datang, maka dia (Uthman) berkata: “Ya Rasulullah, aku terlupa menunaikan zakat fitrah sebelum solat hari raya dan aku telah memberikan kifaratnya dengan memerdekakan seorang hamba” Maka Nabi s.a.w bersabda: “Kalau sekiranya engkau ya Uthman, memerdekakan 100 hamba, maka belumlah sama dengan pahala zakat fitrah sebelum solat hari raya”.

Hukum memberi zakat adalah berbeza mengikut waktu-waktunya. Iaitu ianya menjadi wajib setelah terbenam matahari pada akhir Ramadhan. Manakala bermula dari awal Ramadhan hingga sebelum tenggelamnya matahari hukumnya adalah harus.

Hukum mengeluarkan zakat menjadi makruh apabila ia ditunaikan selepas solat hari raya hingga terbenamnya matahari. Zakat fitrah sunat dikeluarkan sebelum solat hari raya dan kewajipannya tidak gugur dengan melewatkannya. Terdapat amaran keras yang diberikan
Rasulullah s.a.w sepertimana hadis dari Abdullah r.a yang bermaksud:
“Sesiapa yang mendirikan solat dan tidak menunaikan zakat, maka ia bukan Islam dan tidak manfaat amalan atau pekerjaannya”.

Kadar zakat yang ditetapkan ialah setengah sha’ atau 2.4kg dari gandum atau satu sha’ dari tamar atau anggur. Satu sha’ itu sama dengan lapan kati atau 4.8kg. Membayar zakat dengan nilaian wang dibolehkan sebagaimana difatwakan, kerana yang demikian itu lebih memenuhi kepada hajat orang fakir. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Barangsiapa memberikan zakat fitrah, maka syurga baginya, dan tiap-tiap biji atau butir diberikan dibalas dengan 70 ribu istana yang panjang. Panjang tiap-tiap istana itu sejauh antara timur dan barat”.

Sesungguhnya mengeluarkan zakat itu begitu besar ganjarannya. Ini kerana di samping menunaikannya sebagai suatu kewajipan, ianya juga merupakan suatu amalan yang dapat mengikat kasih sayang sesama insan. Oleh itu, ‘yang lebih’ dapat meringankan beban bagi ‘yang kurang’. Daripada sinilah wujudnya perasaan tanggungjawab sosial terhadap sesama insan yang sangat-sangat dititikberatkan di dalam agama kita.

Tazkirah Ramadhan : Erti Sebenar Sebuah Kebahagiaan

Perkataan bahagia bermaksud, “suasana senang dan aman, aman damai serta gembira.” Melalui definasi ini, boleh disimpulkan bahawa kebahagiaan bererti satu keadaan yang mendatangkan ketenangan di jiwa, kerehatan di minda dan kegembiraan di hati.

Namun, keadaan yang mendatangkan kebahagiaan kepada seseorang tidak semestinya mendatangkan kebahagiaan kepada individu yang lain. Ia amat subjektif.

Seorang yang miskin akan merasa bahagia apabila beliau dikurniakan dengan kesenangan. Mungkin beliau mempunyai rancangan untuk membina rumah besar, berkereta besar, melancong ke sana ke mari. Namun semua ini merupakan kebahagiaan kepada seseorang yang dilahirkan di dalam keluarga yang berharta.

Seorang pencipta lagu akan merasa bahagia apabila lagunya memenangi kejuaraan dan menjadi nyanyian orang ramai. Namun semua ini tidak beerti kepada seseorang yang tidak mengenal nod-nod muzik.

Seseorang yang belum berumahtangga atau sedang bercinta, sudah tentu melihat kebahagiaan itu terletak di alam perkahwinan. Namun sejarah menukilkan individu seperti Asma Binti Bahdal, isteri kepada Muawiyah bin Abu Sufyan lebih merasa bahagia apabila kembali ke pondok buruknya yang pernah didiaminya suatu ketika dahulu.

Untuk kebanyakan orang, cita-cita, impian dan keinginan dikaitkan dengan kebahagiaan. Secara tidak langsung kebahagiaan menjadi matlamat hidup. Namun persoalannya, apa yang akan berlaku setelah bahagia itu tercapai?

Si miskin tadi telah membina 10 buah rumah besar, telah membeli 100 buah kereta mewah, telah melancong ke serata pelosok dunia. Lalu apa yang akan dilakukannya setelah itu?

Adakah kebahagiaan yang kita impikan selama ini adalah kebahagiaan yang benar-benar kita perlu? Atau ada sesuatu di sebalik kebahagiaan itu yang masih tersembunyi? Sebuah kebahagiaan yang lebih hakiki.

Firman Allah di dalam surah Ar-Ra’d, ayat 29, “Orang-orang yang beriman dan beramal soleh, beroleh kebahagiaan yang amat mengembirakan dan tempat kembali yang sebaik-baiknya.”
Itulah kebahagiaan yang sebenar.

Wallahu’alam.

Thursday, 4 September 2008

Ujian Bulan Ramadan

Betul la DIA nk uji aku bulan puasa ni…
Aku geram sesgt gn boss aku nih…
Dh tau bln puasa org nk blk cepat utk berbuka pusa gn family…
Dia sje je wat session ptg2…
Sabar jelah…
Sabar sgt2!
Ktrg satu opis mmg bengang sesgt…
Aku pun xtau la pe meroyan ntah bos aku nih…
Nk ajk ktrg berbuka puasa sama2 gn dia kot…
Taulah laki dia dok jauh…
Xkn xde ank2 kot…
Aku suspek dia anta anak dia blk kg…

Masa ari selasa aritu, aku smpi umh trus dok tgu waktu berbuka..
Smlm lak, aku nekad kuar kul 4.15…
Yelah, aku dtg awl…
Lgpun aku nk blk gn sapa karang?
Dh la aku ni numpang org…
Xkn nk suruh org tu tgu aku lak…
Byk cantek???

Arini gn esok pun dia wat session ptg…
Gerammmm!!!!
Dh la kl stat kul 2.30 tu, dia msuk tepat pd waktu, xpe gak…
Ni melenggang lenggok dia kul 3++ baru nk masuk…
Bl dh start lmbt, blk pun lmbt la kn…

Aku xkira…
Nk blk gak kul 4.15…
Sapa nk tlg masak tuk bebuka?
Sian la kat mama gn ayah aku…

Update - Projek

Aku dpt brita baru..
Aku nyer projek tgh try other solution…
Hopefully kali ni xsangkut lagi…
Result tu akn kuat ptg ni…
Korg doakn aku ek!

Wednesday, 3 September 2008

Alahai... Kecewa Aku...

Cmne ni?
Aku nyer projek sangkut la...
Kecewa ni...
Sedih sgt2 la...
Haduii, tolong!!!

Novel : Bulan Berbisik

Kawan2..
Arini nk citer pasal novel yg aku baru baca ni...
Mmg best!
Sedih giler2!

Novel ni citer pasal seorg wanita, Khadijah merupakan isteri kepada Khalid Irfan.
Khadijah ni kira cam wanita melayu terakhir...
Penuh dgn ciri2 kemelayuan...
Memang isteri yg baik & taat kepada suami la...
Wlaupun mak mertua dia cam xbrape suka gn dia ni...
Sampai la satu hari dia terjumpa emel cinta sang suami kepada pelajar dia...
Suami dia lecturer, dia lak suri rumah...
Dia simpan beberapa lama...
Smpi la dia dpt kekuatan lepas blk dr umrah...
Dia jumpe that girl gn suami dia & beri kebenaran kat suami dia utk kawen lagi...
Suami dia blum mtak lagi tu...
Tabah betul hati Khadijah, wlaupn sbnrnye hati dia mmg dh hancur...
Hancur sgt2!
That girl mualaf, dh malu kat Khadijah xnk trima tawaran tu...
Wlaupn si khalid ni beria2 mengajak...
Xmalu kan...
Tulah dia...
Nk tau selanjutnye, pegilah beli novel ni ye...

Tp mmg sedih teramt2 la...
Aku nangis byk kali tau!
Hehehe...

Tuesday, 2 September 2008

Ahlan Wasahlan buat ABDUL AMSYAR WAFIQ

Salam...
TAHNIAH buat ATEH & KAK JUE atas kurniaan cahaya mata pada 31 Ogos lalu...
Aku lak yg tersangat sronok... Hehehe...
Aku kn mmg suka baby...
Gmbr baby jek lum dpt g...
Ateh nk update dlm frenster...

So, ucapan dr MAK LANG buat AMSYAR...
AHLAN WASAHLAN YA MARHABAN...
JADILAH ANAK YG SOLEH BUAT ABI & UMI...
AMEEN...