:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Tuesday, 26 July 2011

Bengkak Susu atau Engorgement

Apa sebenarnya breast engorgement?

Bengkak susu atau engorgement berlaku biasanya pada tempoh awal selepas bersalin kerana susu dihasilkan dengan banyak sekali. Susu ini tersimpan dalam tisu disekeliling salur susu sehingga menyebabkannya membesar lebih daripada kapasiti selesa.

Dalam keadaan yang terlampau, kadang-kadang ibu-ibu yang mengalami bengkak susu merasakan payudaranya seperti mahu pecah. Jika disentuh pun mungkin menyebabkan amarah yang amat. Hati-hati ya dengan ibu yang mengalami masalah engorgement ni. Silap langkah buruk padahnya.

image : http://www.pdrhealth.com/images/CareNotes/193630.jpg

Sebab terjadi nya bengkak susu / engorgement :

1. Masalah pengurusan penyusuan yang tak teratur especially bila baby ter miss feeding time dia. Kadang-kadang baby tertidur lama atau kita as mother termiss waktu pump session (untuk ibu yang pumping ) . Macam kes aku, waktu Hanum kecil dalam 1-3 bulan, selalu aku mengalami engorgement ni. Sebab nya, adakala diorang tido terlebih lama dan bila dikejut tak nak bangun-bangun. Aku pula time tuh memang takde langsung pump . So memang terasa sakit ya amat.

2. In between kita nak wean anak kita. Ni kalau sudah sampai masa kita rasa kita perlu wean anak la atas sebab-sebab kesihatan, umur anak dah makin meningkat atau sebab kita mengandung lagi . Time ni breast akan engorged kerana breast sedang melatih otak kita bagi adjust penghasilan susu.

3. Bila bagi baby breastfeed milk, kita juga bagi formula milk. Itu juga antara punca kenapa bengkak susu sebab baby miss feeding time susu ibu nya.

4. Baby tak latch-on (perlekapan) dengan betul. Yang menyebabkan masalah perkara 5.

5. Poor suckling. Disebabkan perkara no 4 tu, baby tak dapat hisap dengan elok. Dan menyebabkan masalah no 6. Hisapan yang lemah oleh bayi akan menyebabkan tidak banyak susu dapat dihisap keluar. Baby pula kemudiannya tak mendapat cukup susu untuk setiap feeding. Seterusnya bolleh jadi punya anak kurang berat, tapi perkara ini kita akan kupas dimasa lain.

Next,

6. Breast is not emptied properly. Payudara kita ni kena dikosongkan dengan sekosong-kosongnya supaya tak ada susu terkumpul. Kalau tak , disebab tu kita dah menyusu pun masih boleh engorge. Boleh berlaku juga akibat perkara 4 dan 5.

Jadi lihatlah, semuanya berkait-kait.

Apa nak buat kalau bengkak susu :

Secara umum, jika dah berlaku bengkak susu kita pasti akan cuba nak kosongkan payudara kita kan? Tapi engorgement akan menyebabkan bayi susah nak melekap (latch on). Bila dah susah nak latch, bagaimana mungkin boleh kita kosongkan payudara?

Maka, kalau dah jadi juga bengkak susu, cubalah tips-tips ini berikut:

1. Buat cold compress dulu kalau breast dah terlalu sakit. Cold compress atau tuam dengan ais adalah sebagai pain killer. Dah kurangkan sakit barulah boleh teruskan dengan step no.2.

2. Warm compress. Ambil kain dan basahkan dengan air suam. Tapi jangan air mengelegak pula. Nanti lain jadinya. :P

Warm compress untuk nak lembutkan breast kita yang dah bengkak amat tu. sambil-sambil buat tuam dengan air suam tu, urutla payudara perlahan-lahan.

3. Beri anak menyusu atau pam susu keluar.

4. Kalau dah kronik juga, amik kobis ( satu dua layer kobis tuh ) dan letakkan kat breast kita dalam 5 – 10 minit. Tapi jangan lama-lama. Nanti susu terus kering pula.

Insya allah, bengkak akan menyusut and kurang sakit.

Selain daripada itu, keep on feeding baby as often yang boleh untuk mengelakkan bengkak susu terjadi. Jangan cut down fluid intake sebab takut bengkak susu kerana ianya tidak ada kena mengena dengan sebab terjadi nya engorgement / bengkak susu.

Kalau tak diatasi breast engorgement ni, boleh jadi masalah lain, susu akan kurang, mungkin juga akan ada blocked duct, mastitis dan banyak lagi.

Good luck ye mothers semua!

Info :

1. Breastfeeding.com

2. BabyCentre.com


sumber asal : [B&B] Bengkak Susu atau Engorgement

Sunday, 17 July 2011

Dugaan Sepanjang Minggu Ini

Saya paling tak suka kalau ada orang mengadu domba hal diri saya, demi mencapai matlamatnya sendiri. Saya sendiri tidak tahu, apa yang menyebabkan 'dia' sangat tak suka pada saya. Adakah berkepentingan peribadi? Kalau atas dasar kerja, sila beritahu secara berdepan. Bukan dengan cara menjaja cerita mengenai saya dari satu orang kepada orang yang lain. Tapi kalau pasal peribadi, saya rasa tak patut dicampur adukkan dengan hal kerja. Apatah lagi dengan tujuan untuk menjatuhkan saya di hadapan orang atasan saya.

Kadang-kadang saya pelik, dengan orang seperti ini. Di depan saya, tidak kelihatan sepertinya dia tidak menyukai saya. Baik-baik sahaja. Jadi, bagaimana saya sangka, dia akan memperlakukan saya seperti itu? Kalau tidak ada yang menegur saya, pasti saya tidak tahu perangai buruknya itu di belakang saya.

Perasaan irihati dengan kejayaan orang lain, dilawan dengan perasaan hasad dan dengki yang akhirnya membawa kepada menjaja kisah yang tidak sepatutnya kepada orang lain. Menggunakan 'kuasa' yang dia ada 'kononnya' dengan menghasut orang atasan. Oh, sungguh tak patut. Kalau perasaan irihati itu, digunakan dengan cara yang positif kan bagus... Melawan kejayaannya dengan cara berusaha untuk mencapai kejayaan yang sama.

Apa yang harus saya lakukan? Setelah difikir-fikirkan, lebih baik saya berdiam diri sahaja. Kerana tiada gunanya saya melawan orang-orang begini. Nanti tiada bezanya saya dengan dia. Kalau pun, sikapnya itu akan mengesankan 'pendapatan' saya, bukannya dia atau orang atasan saya yang memberikan rezeki itu pada saya. DIA yang memberikan rezeki saya. Saya tidak gentar kerana saya tahu DIA ada bersama saya. Alhamdulillah...

P/S : Alhamdulillah, saya telah amalkan memakan B-Complex yang mengurangkan rasa stress saya, dan dapat saya lalui dugaan ini dengan tenang...

Monday, 11 July 2011

Amalan Kurang Tepat Mengurangkan Susu Ibu

Info sharing daripada :

Panduan Penyusuan Susu Ibu - Masalah penyusuan, Teknik Penyusuan, Kaedah Penyusuan, Hukum Penyusuan


Saya sering bertemu dengan ibu-ibu yang tidak begitu peka dengan amalan yang kurang tepat dalam penyusuan susu ibu. Antara amalannya adalah seperti menunggu sehingga susu penuh dan membengkak sebelum pergi memerah susu. Amalan ini dalam jangka masa panjang akan menyebabkan susu semakin berkurangan kerana apabila susu terlalu penuh, otak akan menerima maklumat bahawa terlalu banyak susu yang dihasilkan. Ini akan mengurangkan pengeluaran susu sedikit demi sedikit. Sekiranya amalan ini diteruskan, susu akan semakin berkurangan dan seterusnya menyebabkan bayi tidak mendapat susu yang cukup.

Sekiranya ibu tersebut mempunyai pengetahuan yang mencukupi mengenai penyusuan susu ibu, dia akan menambah kekerapan memerah susu dan mengambil pemakanan tambahan yang dapat membantu meningkatkan pengeluaran. Bagaimana pun, malang sekali apabila ada juga ibu-ibu yang mengambil jalan mudah dengan menambah susu formula bagi menampung keperluan bayi mereka.

Selain itu, saya juga beberapa kali terlihat susu yang baru diperah diletakkan dibahagian beku (freezer) ketika di tempat kerja. Amalan ini tidak salah sekiranya anda berhasrat untuk menyimpan susu perahan untuk tujuan stok. Bagaimana pun, adalah lebih baik sekiranya susu perahan itu diletakkan di bahagian bawah (bahagian belakang) peti sejuk untuk kegunaan hari berikutnya. Ini adalah kerana, susu yang telah dibekukan ditempat kerja mungkin akan cair ketika dalam perjalanan balik ke rumah. Perlu diketahui bahawa seelok eloknya susu perahan beku yang telah cair perlu digunakan dalam tempoh 24 jam bagi menjamin kualiti dan nutrisi yang terkandung di dalamnya.


Friday, 8 July 2011

Perkembangan Bayi - 6 bulan

Perkembangan Tubuh Badan
Mungkin dapat duduk tanpa sokongan tanpa untuk beberapa saat. Dapat mengangkat kepalanya ketika baring. Giginya yang pertama mungkin akan tumbuh pada usia 6 bulan, namun setiap bayi adalah berbeza.

Kemahiran Belajar
Mula pandai untuk memilih makanan. Amat berminat melihat dirinya di cermin.

Kemahiran Bertutur

Terus berkomunikasi dengan orang dewasa, membuat pelbagai bunyi dan menunggu sehingga seseorang membalas kelakuannya semula.


Kemahiran Sosial

Pandai buat mimik muka.


Sumber : Parent's Guide to a Child's Development Milestones- Anmum

Friday, 1 July 2011

Buat Suami...

  1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
  2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
  3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
  4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
  5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
  6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
  7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
  8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
  9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
  10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?
  11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang, bodek mereka masa nak mengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.
  12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumahtangga.
  13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.
  14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal, dah berak flush. Susah sangat ke nak buat macam tu? Semua nak kena ajar ke?
  15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.
  16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.
  17. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?
  18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?
  19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.
  20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbangrasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.
  21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga.Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.
  22. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali
  23. Jangan buat donno kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu dipujuk, pujuk. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau kami rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja.

Allah s.w.t. berfirman, “Dan ketahuilah bahawasanya Allah mengetahui apa yang didalam hatimu, sebab itu berhati-hatilah dengan Tuhan”

Sumber : Facebook.