Kejadian ini berlaku pada 11 Nov yang lalu. 2 hari yang lepas la. Pulang daripada keluar lunch, sedang sibuk bersiap-siap untuk mengambil wudhuk, datang ofismate saya, beritahu ada orang yang mahu berjumpa dengan saya, di depan.
Terkejut juga, siapalah yang nak jumpa saya. Saya tak pernah deal dengan student ye. Kerja saya tiada hubungan dengan student pun. Kalau staf ofis, kenapa tak datang je ke tempat saya. Kebetulan saya baru berpanas hati dengan kawan-kawan saya, jadi mereka menegurlah saya. Buat pengetahuan anda, tempat saya berada di hujung ofis, berdekatan dengan bilik bos. Jadi, untuk berjalan ke depan tu, agak jauh la...
Sambil berjalan, mulut saya mengomel & tertanya-tanya, siapalah yang mahu berjumpa dengan saya. Memang tak boleh nak bayangkan sesiapa pun. Tak terbayangkan pun. Sampai di depan, saya lihat seseorang duduk di kerusi tetamu. Seseorang yang sangat saya kenali. Sangat-sangat tak percaya + terkejut yang amat. Sebab memang tak sangka & tak terfikir langsung. Beliau senyum meleret je pandang saya. Amboi, sukalah tu, buat orang terkejut bagai kan? Tapi, dalam terkejut pun, saya sangat-sangat gembira!
Yang datang tu, adalah orang yang sangat saya rindui = TUNANG SAYA. Ya! Beliau datang ke ofis saya di tingkat 28 ni ye. Baru malam sebelumnya saya beritahu yang saya sangat merindui beliau. Tau-tau, terpacak pula depan mata. Dari Melaka ke Kuala Lumpur, semata-mata mahu bertemu saya. Hahaha! Itu tipu... Beliau ada kerja, & kebetulan lalu di hadapan ofis, singgah la. Langsung tak beritahu saya pula tu, mahu ke Kuala Lumpur. Takpelah, yang penting saya sangat gembira! THANK YOU DEAR...
9 comments:
sangat maniss lah..
heheh
Mesti senyum meleret je nih. hehe..
Panas hati hilang tak?
huhu..romantiknyer..kalau ryna pn snym panjaaaaaang2..hehe..
wahhh...very de sweeet..kalo kite jd maz..kite terharu sgt...huhuhu..
atiqah : ye! sangat manis la...
haliza : senyum gedik lagi. hahaha! hilang panas hati. ofismate takut nak mengata tunang lagi, takut tetiba je sampai...
fikaryna : ternampak pula sisi romantik tunang saya tu. selalu brutal je...
ena : saya pun terharu sangat!
suke² hati jer nak mengata tunang awk ek?
abaikan je org macam tu.
wahhh bestnyerrrr... romantik sungguh..;)
haliza : ye, betul!
cikin : best... hehehe
Post a Comment