:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Thursday 26 November 2009

Tercipta Untukku : Sukar Dipercayai

Bila kita fikir, sesuatu itu yang terbaik buat kita, belum tentu itu memang yang terbaik buat kita. Kadang-kadang, petunjuk itu sudah pun diberi, tapi kita sebagai hamba-Nya selalu alpa. Rezeki & kurniaan-Nya, kita tidak nampak atau kadang-kadang buat-buat tidak nampak. Tapi, bila dia tarik sesuatu yang kita rasakan sangat indah buat kita, sebenarnya ada sebab yang kita tak nampak. Dia yang menciptakan kita, sudah tentu Dia lebih tahu.

Saya dan beliau, sama-sama meminati dunia blog. Saya bukan menulis sebab kecewa ye. Saya memang suka menulis. Kan dulu saya bercita-cita untuk jadi penulis. Tapi sekarang, jadi 'Penulis Akaun'. Hari-hari pun buat 'recon' je. Hahaha! Bolehlah kan...

Tapi, mungkin sudah tertulis kan, saat beliau 'blogwalking' dan terjumpa pula blog saya, dengan entri-entri sedih & menyayat hati. Bukan untuk menarik simpati ye. Sekadar luahan rasa. Sebab, bukan semua orang yang berada di sekeliling dengan kita, faham apa yang kita rasakan. Lagi pula, tujuan saya cuma untuk beri ketenangan kepada diri sendiri. Kiranya cara untuk bermuhasabah dirilah. Beliau meninggalkan jejak, hingga menyebabkan saya menuju ke blog beliau.

Jatuh cinta dengan falsafah dan cara penulisan yang lain dari yang lain, yang beliau tampilkan dalam blog beliau. Menyebabkan saya ingin tahu, siapakah beliau. Lagi pula, saya macam tertanya-tanya adakah beliau seseorang yang saya kenali. Perbualan di YM, berlanjutan ke perbualan telefon. Itulah canggihnya dunia. Dulu, saya tak percaya pada cinta siber. Saya pernah hampir terkena. Tapi, saya tahu, bila kita ikhlas, keikhlasan juga yang akan kita peroleh semula. Jangan takut dengan janji-Nya.

Dari situ, saya dapat rasakan, beliau ada sesuatu yang saya perlukan sebagai pemimpin keluarga saya nanti. Sesuatu yang sukar untuk dijumpai. Dan rupanya, dalam diam beliau menyelidik tentang saya, dan beliau juga terkejut dengan apa yang diperoleh. Pertemuan pertama, yang sangat mengejutkan. Seperti dalam entri saya sebelum ini. Seterusnya, bertemu dengan ibu beliau, menambahkan keyakinan saya. Saya bukan anak remaja yang punya masa untuk bermain dengan cinta. Saya mahukan sesuatu yang pasti, yang bukan hanya manis kata di bibir sahaja.

Pertemuan kedua-dua buah keluarga, akhirnya benar-benar meyakinkan saya. Saya perlukan restu semua dalam menjalani kehidupan akan datang. Saya tidak mahu hati ibu bapa saya terluka, dan saya juga tidak mahu ibu bapa beliau terluka, dengan penyatuan kami ini. Biar semuanya berlaku dalam restu dan redha Ilahi. Itu yang saya cari, dan akhirnya Dia menemukan jawapan itu.

Redha dan bersyukurlah dengan apa sahaja yang berlaku. Inilah jawapan kepada kekecewaan saya sebelum ini. Saya tahu, Dia lebih tahu...

1 comment:

Unknown said...

hhmm...entry paling sweet baca arini
tu lah. tak smua cinta siber tu tak boleh caya
ramai yg bertemu dgn yg terbaik di alam maya.. kalau kita tak salah guna teknologi, takde nye memakan diri