:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Friday 2 October 2009

Jangan Lambat Sangat, Boleh?

Pernah tak jadi kat korang, korang berkawan dengan seorang lelaki ini, rapat sangat-sangat. Korang suka dengan dia, dan korang tau, dia pun suka dengan korang. Tapi hubungan itu, tak tahu hendak diklasifikasikan bagaimana. Maksudnya, nak katakan kawan, macam terlebih mesra. Nak kata kekasih, tak ada pulak dijelaskan. Itu yang agaknya jadi klasifikasi 'Teman Tapi Mesra'.

Lepas itu, yang lagi best, kadang-kadang dia akan menghilangkan diri secara tiba-tiba. Dan secara tiba-tiba juga dia akan datang kembali. Bila ditanya, konon-kononnya ada masalah. Jadi tengah concentrate nak settlekan masalah. Tak boleh nak berhubungan seperti biasa. Kalau sekali dua tu, mungkin boleh lagi la kan. Kalau banyak kali sangat, sendiri mahu ingatlah kan...

Dia dah layan korang macam kekasih dia. Tapi tak pernah pulak nak cakap yang korang ni kekasih dia. Kita ni memanglah berharap, cepat-cepatlah cakap. Nak kita yang mulakan dulu ke? Memang tak salah. Tapi dah dia layan korang macam kekasih, masih lagi tidak mahu menyatakannya?

Dan sekarang, bila korang dah punya calon lain, sudah mahu menuju ke gerbang impian, dia datang balik. Dan bila diberitahu perkara sebenar, baru nak menyesal tak sudah. Yang dia menghilangkan diri secara tiba-tiba mahu menyelesaikan masalah itu, sudah lupa? Mengambil masa berbulan-bulan pulak tu. Korang dibiarkan terkontang-kanting tanpa pesanan. Sekarang datang balik, mengharapkan korang masih macam dulu...

Bukan salah orang perempuan mencari calon lain. Bukan salah korang ye. Dia pun tak pernah bercerita mahu membina masa depan dengan korang kan? Kalau sudah menemui calon yang bersungguh-sungguh mahu bersama ke akhir hayat, kenapa harus dilepaskan hanya semata-mata menunggu calon yang tak pasti bila tibanya, walau ada di depan mata.

Buat lelaki, kalau kau sudah suka akan seseorang itu, dan kau yakin dia adalah orang yang mampu bersama kau hingga ke akhir hayat, jangan ditunggu-tunggu lagi. Kerana jika kau lambat bertindak, perempuan akan menemui calon-calon lain di sepanjang perjalanan hidupnya. Kalau sudah kau suka, luahkan secepat & bertindaklah sepantasnya. Tak punya wang? Rezeki ada di mana-mana. Bila sudah mahu membina masjid, insyaAllah jalan itu pasti dipermudahkan. Berdoalah banyak-banyak...

3 comments:

-yani- said...

pd sy lelaki yg mcm ni
kurang sesau di short list kan hehehe
bukan apa.. tak nampak kesungguhannye disitu
rase tanggungjawab dia pun kurang
mungkin takut mempunyai komitmen kot..
:P
sekadar pendapat jek

PUAN THALHA : said...

hahaha! tak sangka lelaki cam tu pun ada ek.. tetiba teringat lagu :
' jangan tunggu lama-lama, nanti lama-lama, dia di ambil orang'. ;p

anyway, pada kite, thats the coward man la. kalau sayang, bukan sekadar buktikan dengan kata-kata, tapi masuk lah meminang. like ur fiance kan.. i can see his sincerity in da'relationship..:)

MaZNi PutERi said...

yani: betul tu! xtau la apa yg dorg nak. sbb kdg2 umur+status kewangan dah mantap. tp msh buat org t'tunggu2.

thalha: ada lagi lelaki cmni. tp bl dh melepas, baru sedar diri. masa tu mmg dh t'lmbt la kn...