:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Thursday 20 August 2009

Tercipta Untukku : Di Sana Sudah, Di Sini Pula...

Selesai majlis bakal S-I-L minggu lepas, rasa makin dekat pula turn kami berdua... Tinggal 8 bulan je lagi. Dan 8 bulan tu, bukanlah lama lagi sebenarnya. Dan rasanya tiada apa yang dilakukan, planning cuma. Dan saya masih relax-relax jer...

Minggu lepas meluangkan masa seketika bersama-sama keluarga besar beliau. Ya! Memang saya tidak sihat. Tapi, hati teringin sangat mahu melihat bakal adik ipar bersanding. Kenapa saya teringin sangat? Sebab, dia kan macam adik perempuan saya juga. Lagi pula, saya memang tiada lagi adik perempuan (bakal ada, bila adik-adik saya mula gatal nak kawin. hahaha!).

Seronok sangat, dan saya pun tak sangka, sampai juga saya ke sana dalam keadaan badan tidak berapa sihat. Saya tahu, En. Tunang mahu sangat saya datang. Tapi beliau tidak memaksa, kerana tahu keadaan diri saya waktu itu. Gembira, kerana saya dipertemukan dengan mereka yang begitu menyayangi En. Tunang. Saya tau, beliau disayangi ramai, dan kedatangan saya sememangnya dinantikan...

Walaupun seketika, cukup meninggalkan kesan. Saya pun tak berapa nak banyak bercakap, sedangkan saya kan seorang yang peramah. Tapi keadaan badan yang tidak begitu mengizinkan saya menjadi begitu menonjol. Hahaha! Ada hati tu nak menonjolkan diri.

Maaf, gambar memang tiada. Walaupun hanset kamera memang ada. Saya tiada mood mahu bergambar @ mengambil gambar. Cukuplah saya dapat melihat kegembiraan mereka. Tahniah buat Eka! Selamat menjadi isteri solehah...





glitter-graphics.com

2 comments:

fazemy said...

Mcm musykil je tak tangkap gambar. hehehe. Sronok tgk org gembira..sbb kita pun akak rasa gembira jugak.

MaZNi PutERi said...

Hahaha!
Tulah, saya pun musykil gn diri sendiri...
Xpelah, nanti mtak gmbr dr pengantin...