:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Thursday, 17 June 2010

Raikan Cinta : Gambar Lagi

Ingat tak entri saya yang ini, tentang aktiviti sehari sebelum. Kan saya cakap, tak ada gambar since anak buah saya yang comel tu, telah delete gambar dari kamera sepupu saya. Jadi hari ni, saya bagi anda tengok baju-baju yang saya pakai masa petang dan malam tu. Gambar ni memang dari OP saya ya! So, layan...

Ok, ini baju yang mula-mula saya pakai. Asalnya saya nak pakai baju Melaka. Tapi, sebab baju Melaka dari butik tu, cuma ada satu dan tidak menawan hati saya, saya tukar ke baju kebaya songket, yang saya padankan dengan sanggul lintang tu. Serius, memang berat sangat kepala, sampai susah untuk saya bergaya. Apatah lagi masa tu baru nak warming up kan. Jadi macam kayu jelah masa bergambar tu. Oh ye, baju ni warna hijau turquoise. Macam tak ketara kan?

Baju kedua yang saya pakai ialah baju Puteri Perak. Baju ni sangat best, sebab pakai dengan seluar kan. Lepas tu, atas kepala pun tak ada sebarang aksesori. Rasa ringan dan mudah je nak bergaya. Kalau tak salah saya, baju ni warna biru nila.

Baju ketiga dan yang terakhir saya pakai malam tu ialah baju Puteri Jawa. Baju ini paling cantik saya rasa. Yang paling saya suka crown kat kepala tu. Jarang nak jumpa kan. Masa ni, saya dah selesa nak bergambar depan Apai. Jadi, gambar untuk baju ini saja, memang banyak.

Ok, mesti ada yang tanya kenapa saya pilih ketiga-tiga baju ini? Semuanya ada kaitan dengan saya. Baju pertama, yang asalnya saya nak pilih baju Puteri Melaka, adalah sebab Suami saya kan orang Melaka. Yang kedua pula, baju Puteri Perak tu dipilih sebab Mama dan Ayah saya adalah orang Perak. Walaupun saya orang Selangor, sebab dilahirkan dan dibesarkan di sini kan. Baju Jawa tu pula saya pilih, sebab saya memang orang Jawa kan. Jadi, ianya menjadi baju yang WAJIB!

2 comments:

Queen said...

biru turqoise tu cantik...i mean hijau turqoise....sangat sukeee

SUHAIDA said...

cantik la yg jawa tu..saya juga jawa..jawa rock!!! hehehe