:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Showing posts with label Tercipta Untukku. Show all posts
Showing posts with label Tercipta Untukku. Show all posts

Sunday, 1 May 2011

Ulangtahun Yang Pertama ~~ Alhamdulillah...


Setahun yang lalu, saya masih lagi berdebar-debar menanti saat bertukar status, menjadi isteri kepada kekasih hati... Hari ini, kami ditemani orang ketiga yang pastinya mengukuhkan lagi ikatan cinta ini...


Monday, 14 February 2011

2 Tahun = Dari 2 Menjadi 3

Selamat Ulangtahun Percintaan Yang Ke-2 buat Suami Tercinta.

Semoga cinta kita kekal dengan diiringi keimanan.

Ameen...

*
*
*
*
*

Dari 2, menjadi 3

~ Alhamdulillah ~

Tuesday, 1 February 2011

9 Bulan Yang Membahagiakan. Alhamdulillah...

Sedar tak sedar, dah 9 bulan usia perkahwinan kami. Dalam tempoh ini, kami telah dianugerahkan dengan hadiah yang tidak ternilai iaitu Annaurah Sakinah. Seminggu lagi, genap sebulan usia Sakinah.

Alhamdulillah, syukur... DIA mempermudahkan rezeki bagi kami. Disahkan hamil, beberapa minggu selepas bernikah. Kata orang 'bunting pelamin'. Haha! Kelakar rasa nak sebut. Dan Sakinah pula, keluar awal 2 minggu dari jangkaan bersalin. Yang penting, semuanya selamat.

3 bulan je lagi, genap setahun usia perkahwinan. Merancang sesuatu yang istimewa untuk tahun pertama ini. Apatah lagi, kami belum pun sempat nak berbulan madu. Tapi kali ni, kalau berbulan madu pun, bersama-sama Sakinah la... Takkan nak tinggalkan pula...

Doa saya buat kami sekeluarga agar sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi sebarang dugaan, serta yang paling penting diberi kebahagiaan dan keimanan sentiasa mengiringi kami sekeluarga. Ameen...

Monday, 1 November 2010

6 bulan...

Pejam celik, pejam celik je rasanya. Dah 6 bulan usia perkahwinan. Baru je lagi... Macam-macam dah dilalui bersama-sama. 3 bulan hidup sebagai weekend husband & wife, dan 3 bulan lagi hidup sebagai suami isteri yang sebenar. Hehe! Bila dapat dok sama, barulah panggil suami isteri sebenar kan...

Usia perkenalan selama setahun lebih, tidak sama dengan usia perkahwinan selama 6 bulan. Bila dah dok bersama, semua benda pun dibuat bersama. Baru tahu perangai comel & comot masing-masing. Kalau tak suka pun, redha jelah. Nak ke, tak nak ke, kenalah telan. Ala, kita pun bukan sempurna sangat, kalau mahukan yang sempurna dari dia kan. Asalkan masing-masing berusaha untuk memperbaiki diri, insyaAllah, bertambah baiklah hubungan itu.

3 bulan je lagi, kami akan bertukar status. Dulu, dari kawan menjadi kekasih. Dari kekasih menjadi tunang. Dari tunang menjadi suami-isteri. InsyaAllah, dari suami-isteri menjadi ibu-babah. Semoga semuanya dipermudahkan-Nya.

Memang pada awal usia perkahwinan, lagi-lagi masa mula-mula tinggal bersama, banyak yang perlu disesuaikan. Banyak juga nak kena ubah. Alhamdulillah, semakin lama, semakin ok, dan DIA beri rezeki buat kami sekeluarga. Rezeki bb agaknya kan.

Saya cuma mengharapkan kebahagiaan dan kesejahteraan buat kami sekeluarga. Semua kami sentiasa berada dalam keimanan. Ameen...

Saturday, 2 October 2010

5 Bulan = 24 Minggu = 6 Bulan

Arini genap 24 minggu. Sekejap je rasanya. Masih terbayang-bayang lagi saat pertama kali mengetahui diri ini mengandung. Sekarang bb pun dah makin ligat dan lasak kat dalam ni. Syukur, Dia beri kami rezeki secepat ini. Alhamdulillah...

Semalam genap usia perkahwinan kami yang kelima bulan. Ini pun rasa macam sedar tak sedar je. Walaupun baru lima bulan, kadang-kadang terasa macam dah lama bersama. Biasalah, kehidupan rumahtangga, tak semua manis. Tapi, tak semua yang pahit itu, sesuatu yang tak baik. Masih lagi dalam tempoh menyesuaikan diri, dan mengenali hati budi masing-masing. Asal ada sistem barter, memberi dan menerima, insyaAllah, semuanya baik-baik sahaja.

Ujian, dugaan dan cabaran itu sebenarnya tanda kasih-sayang Dia buat kami. Sabar dan redha, menjadi pegangan. Moga kehadiran si kecil ini nanti, memberi rezeki dan kebahagiaan buat kami sekeluarga. Ameen...

Monday, 21 June 2010

Setahun Yang Lalu...


Setahun yang lalu, saya berada di rumah, menanti kekasih hati datang untuk mengikat janji.
Hari ini, janji telah dilaksana, dan Alhamdulillah, sekarang sedang menanti kehadiran si comel ini.
Syukur atas kurniaan-Nya...



Cerita detik pertunangan saya, klik
sini ya!

Tuesday, 1 June 2010

Eh, Dah Sebulan?

Mula-mula tak perasan pun hari ini dah cukup sebulan menjadi suami-isteri. Padahal dari minggu lepas dah ingat dah, sampai rasa tak sabar nak tunggu hari Selasa. Bila tiba harinya, terus lupa pulak, boleh?

Agaknya sebab sangat penat dan letih kot. Semalam, elok je lepas solat Isyak, terus tidur. Memang rasa letih sangat. Padahal bukan pegi mana pun. Pegi keje macam biasa juga.

Tentang alahan mengandung, Alhamdulillah, dah masuk minggu ketujuh, masih lagi bertahan. Kalau dapat bertahan sampai bersalin, lagi bagus kan. Ameen. Selera makan, memang bertambah. Penat juga Suami melayan, sebab kalau tak dapat, saya rasa nak marah je semua orang. Hai, sabar jelah...

Itu jelah kot. Tak tau dah nak citer apa. Malas nak update blog, melampau-lampau pula rasanya. Sabarlah ye.. Doakan saya sihat-sihat supaya dapat saya buat entri banyak-banyak macam dulu...

Wednesday, 21 April 2010

Genap 10 Bulan & 10 Hari Lagi

Hari ini genap 10 bulan bertunangan. Alahamdulillah, syukur.
Dalam masa 10 hari lagi akan disatukan dengan ikatan pernikahan.

Buat kekasih hati @ tunang tersayang @ bakal suami tercinta, lagu ini ditujukan buatmu...

Kasih Kekasih

Tak Perlu Aku Ragui
Sucinya Cinta Yang Kau Beri
Kita Saling Kasih Mengasihi
Dengan Setulus Hati

Ayah Ibu Merestui
Menyarung Cincin Di Jari
Dengan Rahmat Dari Ilahi
Cinta Kita Pun Bersemi

Sebelum Diijabkabulkan
Syariat Tetap Membataskan
Pelajari Ilmu Rumahtangga
Agar Kita Lebih Bersedia
Menuju Hari Yang Bahgia

Kau Tahu Ku Merinduimu
Ku Tahu Kau Menyintaiku...Oh...Kasih
Bersabarlah Sayang
Saat Indah Kan Menjelma Jua
Kita Akan Disatukan
Dengan Ikatan Pernikahan...Oh..Kasih

Di Sana Kita Bina
Tugu Cinta Mahligai Bahagia
Semoga Cinta Kita
Di Dalam Redha Ilahi
Berdoalah Selalu
Moga Jodoh Berpanjangan

Sunday, 21 March 2010

9 Bulan Bertunangan

Hari ini genap 9 bulan bertunangan.
Tidak berapa lama je lagi kami akan disatukan dengan ikatan pernikahan.



Tinggal 1 bulan 1 minggu 4 hari menjelang detik itu.

Sunday, 14 February 2010

Meraikan Ulangtahun Pertama

Dating? Mmm, tidak... Masing-masing dengan hal masing-masing. Kebetulan pula jatuh pada hari minggu dengan cuti yang panjang pula, maka kenduri kahwin banyaklah kan...

Saya di Bangi, beliau ke Johor, emngiringi sahabt untuk bernikah. Tapi, detik itu tetap tak dilupa. Biar tanpa sambutan, tapi cukup bermakna buat saya. Kerana bukan mudah untuk sampai ke tahap ini dengan tempaoh masa begini. Alhamdulillah...

Sekadar ucapan yang bagi saya, cukup bermakna. Biar kerinduan ini menjadi saksi kepada tulusnya cinta kami. Ameen...

"Abang, SELAMAT ULANGTAHUN PERCINTAAN YANG PERTAMA. Semoga kasih sayang kita kekal hingga ke syurga. Ameen. Sayang cintakan Abang sepenuh hati ini."

"Selamat Ulangtahun Sayang. I will love & protect youat all cost dear."

Tercipta Untukku : Setahun Bersama

Inilah detik yang dinanti...

Sekelip mata, sudah pun genap setahun...



Genap setahun bersama. Alhamdulillah, syukur...

Lagi 2 bulan 2 minggu 1 hari je..

Sabar ye, sabar...

~ SELAMAT ULANGTAHUN PERTAMA SAYANG ~

Friday, 8 January 2010

Tercipta Untukku : Kami Saling Jatuh Cinta

Memang cinta itu tidak mengenal keadaan. Cinta itu akan hadir pada bila-bila masa, pada waktu dan saat yang tak terduga. Cinta itu tidak boleh dirancang, tetapi boleh dipupuk. Seandainya hati sentiasa dibuka untuk menerima, insyaAllah ia akan datang. Tak perlu dicari, tapi perlu berusaha. Tanpa usaha, apapun tak jadi kan...

Pertemuan tak terduga. Sangat singkat, tapi mudah saya katakan bahawa sesungguhnya, memang ditakdirkan untuk kami saling jatuh cinta. Jatuh cinta pada apa yang ada. Apa yang saya cari selama ini, pada usia 26 tahun, baru DIA temukan saya dengan apa yang saya inginkan.

Saya pernah berangan untuk dicintai lelaki yang punyai lulusan agama. Kerana memang daru dulu lagi, saya sukakan lelaki begini. Tapi, untuk dicintai oleh lelaki sebegini, belum lagi terjadi di dalam hidup saya. Lagi pula, beberapa kali kecewa, membuatkan saya menetapkan pilihan saya kali ini, mesti sekurang-kurangnya mempunyai diploma, kerana insyaAllah level of thinking kami itu akan lebih kurang sama sahaja. Dan jujur, cuma dua ciri-ciri ini, membuatkan saya benar-benar jatuh cinta pada beliau. Dan beliau punya lebih lagi dari apa yang saya mahukan itu. Alhamdulillah...

Bagi beliau pula, saya punya apa yang beliau inginikan. Seorang gadis yang berdikari, dan bagi saya ciri yang ini paling kelakar. Beliau mencari seseorang yang punya lesen memandu, dan punya kenderaan sendiri. Boleh? Saya memang tergelak besar! Ciri tambahan yang beliau sendiri tidak sangka ketemu ialah saya ini gadis Jawa, dari sebelah Mama dan Ayah saya.

Memang kadang-kadang kita rasakan apa yang kita mahukan itu sepertinya tidak masuk akal. Tapi lebih baik, dari hanya memandang pada harta dan rupa. Sebenarnya, apa pun ciri yang ada, kalau sudah ditakdirkan jodoh itu, walau bagaimana jadi pun, ia tetap akan jadi. Semuanya hanya kebetulan sahaja. Yang lain, memang ketentuan-Nya. Yang penting, syukur sangat-sangat!

Monday, 28 December 2009

Tercipta Untukku : Indahnya Saat Bersamamu

Kami jarang berjumpa atau melakukan aktiviti bersama-sama kerana jarak memisahkan. Namun, bila dapat ketemu, indah sungguh rasanya. Dan alangkah indahnya lagi, jika hubungan itu sudah sah. Wah, bunyi macam tak sabar kan? Hikhik... Siapa duduk kat tempat saya, mesti rasa macam ni juga. Tak lama je lagi. 4 bulan je.. Sabar, sabar...

Dua minggu berturut-turut, bertemu dan bersama-sama menghabiskan hari. Perkara yang jarang dapat dilakukan. Dan selepas ini, mungkin akan bertemu semula pada Februari 2010. Oh, tak sabarnya nak tunggu saat itu lagi. Ha, tengok... Gedik lebih saya ni... Ok2 dah yer...

Monday, 21 December 2009

Tercipta Untukku : 6 Bulan Bertunangan


21 JUN 2009

Kami telah selamat ditunangkan dengan restu & iringan doa keluarga.

HARI INI
21 DISEMBER 2009

Genap 6 BULAN usia pertunangan.

InsyaAllah, lagi
4 bulan 1 minggu 4 hari
KAMI AKAN DISATUKAN.


~AMEEN~

Sunday, 6 December 2009

Tercipta Untukku : Memang Sangat Singkat!

Saya akui bahawa sesungguhnya saya dan beliau tidak berkenalan dan bercinta dengan begitu lama. Bagi saya ia sangat singkat! Saya kenal beliau dalam beberapa hari, mencuba untuk meneruskan hubungan yang lebih serius, dan akhirnya direstui kedua-dua orang tua kami. Dalam banyak perkara yang saya lakukan, ini yang paling penting. Restu kedua orang tua.

Saya terlupa bila tarikh saya mengenali beliau, tapi saya mencuba untuk menjalinkan hubungan yang lebih serius dengan beliau pada 14 Februari 2009. Kebetulan pula jatuh pada tarikh itu. Kami pun tak perasan pada awalnya. Kemudian saya bertemu dengan ibu beliau pada 21 Februari 2009, dan beliau pula datang bertemu kedua orang tua saya pada 19 April 2009.

Yang bagi saya sangat manis ialah apabila beliau sendiri memberitahu Mama & Ayah saya, untuk melanjutkan hubungan yang lebih rapat. Dengan ayat tersiratlah, 'Nanti saya akan bawa mak ayah saya jumpa makcik & pakcik'. Terkejut saya ok. Sebab beliaulah lelaki pertama yang berkata begitu kepada kedua orang tua saya. Saya akui, beliau bukan yang pertama yang saya bawa bertemu kedua orang tua saya. Tapi beliaulah yang pertama keluarkan ayat sweet itu. Dari situ saya tahu beliau benar-benar serius.

Bermula dari situ, Mama mula bertanya bila beliau mahu datang bersama-sama dengan keluarga beliau. Dan akhirnya kami sepakat memilih tarikh 1 Mei yang lepas. Majlis yang asalnya hanya dirancang untuk sesi perkenalan dua buah keluarga, terus menjadi Majlis Merisik. Kami tak rancang pun. Sebab tu datang tanpa sebarang tanda.

Tapi, kami semua sepakat menjadikan tarikh 21 Jun 2009 sebagai tarik pertunangan kami. Selangkah ke arah hubungan yang lebih erat dalam tempoh beberapa bulan selepas berkenalan, memang mengejutkan semua orang. Bukan sahaja orang di sekeliling saya, tetapi juga orang di sekeliling beliau. Tapi apa pun, sesingkat mana pun tempoh perkenalan kami, saya bersyukur. Bersyukur dengan kurniaan-Nya buat saya. Alhamdulillah...

Thursday, 26 November 2009

Tercipta Untukku : Sukar Dipercayai

Bila kita fikir, sesuatu itu yang terbaik buat kita, belum tentu itu memang yang terbaik buat kita. Kadang-kadang, petunjuk itu sudah pun diberi, tapi kita sebagai hamba-Nya selalu alpa. Rezeki & kurniaan-Nya, kita tidak nampak atau kadang-kadang buat-buat tidak nampak. Tapi, bila dia tarik sesuatu yang kita rasakan sangat indah buat kita, sebenarnya ada sebab yang kita tak nampak. Dia yang menciptakan kita, sudah tentu Dia lebih tahu.

Saya dan beliau, sama-sama meminati dunia blog. Saya bukan menulis sebab kecewa ye. Saya memang suka menulis. Kan dulu saya bercita-cita untuk jadi penulis. Tapi sekarang, jadi 'Penulis Akaun'. Hari-hari pun buat 'recon' je. Hahaha! Bolehlah kan...

Tapi, mungkin sudah tertulis kan, saat beliau 'blogwalking' dan terjumpa pula blog saya, dengan entri-entri sedih & menyayat hati. Bukan untuk menarik simpati ye. Sekadar luahan rasa. Sebab, bukan semua orang yang berada di sekeliling dengan kita, faham apa yang kita rasakan. Lagi pula, tujuan saya cuma untuk beri ketenangan kepada diri sendiri. Kiranya cara untuk bermuhasabah dirilah. Beliau meninggalkan jejak, hingga menyebabkan saya menuju ke blog beliau.

Jatuh cinta dengan falsafah dan cara penulisan yang lain dari yang lain, yang beliau tampilkan dalam blog beliau. Menyebabkan saya ingin tahu, siapakah beliau. Lagi pula, saya macam tertanya-tanya adakah beliau seseorang yang saya kenali. Perbualan di YM, berlanjutan ke perbualan telefon. Itulah canggihnya dunia. Dulu, saya tak percaya pada cinta siber. Saya pernah hampir terkena. Tapi, saya tahu, bila kita ikhlas, keikhlasan juga yang akan kita peroleh semula. Jangan takut dengan janji-Nya.

Dari situ, saya dapat rasakan, beliau ada sesuatu yang saya perlukan sebagai pemimpin keluarga saya nanti. Sesuatu yang sukar untuk dijumpai. Dan rupanya, dalam diam beliau menyelidik tentang saya, dan beliau juga terkejut dengan apa yang diperoleh. Pertemuan pertama, yang sangat mengejutkan. Seperti dalam entri saya sebelum ini. Seterusnya, bertemu dengan ibu beliau, menambahkan keyakinan saya. Saya bukan anak remaja yang punya masa untuk bermain dengan cinta. Saya mahukan sesuatu yang pasti, yang bukan hanya manis kata di bibir sahaja.

Pertemuan kedua-dua buah keluarga, akhirnya benar-benar meyakinkan saya. Saya perlukan restu semua dalam menjalani kehidupan akan datang. Saya tidak mahu hati ibu bapa saya terluka, dan saya juga tidak mahu ibu bapa beliau terluka, dengan penyatuan kami ini. Biar semuanya berlaku dalam restu dan redha Ilahi. Itu yang saya cari, dan akhirnya Dia menemukan jawapan itu.

Redha dan bersyukurlah dengan apa sahaja yang berlaku. Inilah jawapan kepada kekecewaan saya sebelum ini. Saya tahu, Dia lebih tahu...

Monday, 23 November 2009

Tercipta Untukku : Mimpi Itu Sangat Indah

Pernah tak kamu bermimpikan seseorang yang tidak dikenali, dan kemudian kamu bertemunya di alam nyata. Maknanya, pertemuan pertama itu terjadi di alam mimpi.

Itulah yang saya alami. Bertemu dengan seseorang yang tidak dikenali langsung. Di dalam mimpi itu, orang itu sangat menyayangi saya. Kasih sayangnya terasa di dalam hati, sehingga saya terjaga daripada tidur pun, masih terasakan. Saya rasa macam nak ulang lagi mimpi itu. Sebab seronok sangat.

Kemudian sewaktu pertama kali bertemu dengan beliau, saya sangat terkejut, sebab beliau itu yang saya temui di dalam mimpi. Perasaan waktu itu, bercampur-campur. Saya tertanya-tanya, beliaukah yang saya tunggu selama ini. Beliaukah yang akan mengubati segala kekecewaan saya selama ini.

Jawapannya, TUNGGU...

Sunday, 15 November 2009

Tercipta Untukku : Saya Pernah Kecewa

Saya akui, beliau bukan cinta pertama saya. Tapi, insyaAllah, akan saya jadikan beliau sebagai cinta terakhir saya, dan biarlah syurga menjadi saksi, kepada ikatan suci ini. Ameen...

Memang tempoh perkenalan kami sangat singkat. Tapi saya yakin dengan janji-Nya. Beberapa bulan sebelum saya bertemu beliau, saya baru sahaja dikecewakan oleh seseorang yang saya fikirkan bakal menjadi pemimpin saya. Saya tersilap rupanya. Kekecewaan itu memang amat memedihkan. Tetapi saya terima dengan redha. Saya pasrah. Saya tahu, jika DIA tarik sesuatu yang saya sangkakan baik untuk saya, DIA lebih tahu.

Saya percaya, jika bukan disebabkan kekecewaan itu, saya tak mungkin berada di sini, dengan entri-entri kekecewaan. Dan mungkin tanpa entri-entri kekecewaan itu, tak akan saya temui beliau di sini. Jika bukan disebabkan kekecewaan itu, mungkin saya tidak punya rasa ingin tahu yang menebal. Saya bersyukur...

Baiklah, kalau sesipa yang mengikuti blog saya ini dari awal dulu, pasti tahu sedikit. Biar saya ceritakan apa yang terjadi selepas kekecewaan itu. Dulu saya tidak punya kekuatan untuk meluahkan semua ini. Saya bukan bermaksud untuk membuka pekung sesiapa. Cuma sekadar pengajaran & iktibarnya banyak yang saya peroleh untuk dikongsi bersama. Sekarang saya kuat, kerana saya nampak hikmahnya kekecewaan saya itu.

Selepas saya diberitahu berita yang sangat menyedihkan daripada 'si dia', hati saya hancur! Cinta yang saya pertahankan selama hampir 2 tahun, jatuh terhempas ke lantai. Bukan sekali dia menipu saya, tetapi berkali-kali. Saya tak boleh terima kerana dia menggunakan landasan agama untuk menipu saya. Setelah itu, saya pasrah. Saya tahu, banyak dosa saya. Saya nekad untuk beristikharah. Seandainya dia memang jodoh saya, satukanlah. Jika bukan, tunjukkan siapakah orang itu.

Pertama kali melakukan istikharah, saya menggigil. Saya takut dengan jawapan yang bakal saya terima, sehinggakan saya menangis di dalam solat. Tapi, jika tidak saya lakukan, sampai bila-bila pun, saya tidak tahu benar atau tidak jalan yang saya pilih. Alhamdulillah, beberapa lama saya melakukannya, hati saya tenang & saya redha dengan apa yang berlaku. Kekecewaan yang saya rasa cuma sebentar, digantikan dengan rasa syukur pada-Nya. Saat itu saya sangat yakin, dia bukan untuk saya.

Pertemuan pertama dengan bakal suami (tunang saya sekarang), sangat-sangat mengejutkan. Saya terkejut & tidak sangka sangat! Saya pernah bermimpikan beliau. Saya pernah berjumpa beliau di dalam mimpi saya. Saya terkejut & memang tak terkata. Saya fikirkan mimpi saya itu mainan saya. Kiranya, saya mengenali beliau di dalam mimpi saya. Macam tak percaya kan?

Lepas ni, saya akan ceritakan pula, bagaimana saya boleh bermimpikan beliau...

Saturday, 14 November 2009

Tercipta Untukku : 9 Bulan Bersama

"Ku Akui, Dirimu Bukanlah Yang Pertama.
Tapi, Kamulah Cinta Terakhirku..."


Alhamdulillah... 9 bulan yang penuh kebahagiaan. Semoga terus berkekalan hingga ke syurga. Ameen...

Friday, 13 November 2009

Tercipta Untukku : Kejutan Yang Menjadi

Kejadian ini berlaku pada 11 Nov yang lalu. 2 hari yang lepas la. Pulang daripada keluar lunch, sedang sibuk bersiap-siap untuk mengambil wudhuk, datang ofismate saya, beritahu ada orang yang mahu berjumpa dengan saya, di depan.

Terkejut juga, siapalah yang nak jumpa saya. Saya tak pernah deal dengan student ye. Kerja saya tiada hubungan dengan student pun. Kalau staf ofis, kenapa tak datang je ke tempat saya. Kebetulan saya baru berpanas hati dengan kawan-kawan saya, jadi mereka menegurlah saya. Buat pengetahuan anda, tempat saya berada di hujung ofis, berdekatan dengan bilik bos. Jadi, untuk berjalan ke depan tu, agak jauh la...

Sambil berjalan, mulut saya mengomel & tertanya-tanya, siapalah yang mahu berjumpa dengan saya. Memang tak boleh nak bayangkan sesiapa pun. Tak terbayangkan pun. Sampai di depan, saya lihat seseorang duduk di kerusi tetamu. Seseorang yang sangat saya kenali. Sangat-sangat tak percaya + terkejut yang amat. Sebab memang tak sangka & tak terfikir langsung. Beliau senyum meleret je pandang saya. Amboi, sukalah tu, buat orang terkejut bagai kan? Tapi, dalam terkejut pun, saya sangat-sangat gembira!

Yang datang tu, adalah orang yang sangat saya rindui = TUNANG SAYA. Ya! Beliau datang ke ofis saya di tingkat 28 ni ye. Baru malam sebelumnya saya beritahu yang saya sangat merindui beliau. Tau-tau, terpacak pula depan mata. Dari Melaka ke Kuala Lumpur, semata-mata mahu bertemu saya. Hahaha! Itu tipu... Beliau ada kerja, & kebetulan lalu di hadapan ofis, singgah la. Langsung tak beritahu saya pula tu, mahu ke Kuala Lumpur. Takpelah, yang penting saya sangat gembira! THANK YOU DEAR...