Sakinah dilahirkan dengan berat 2.16kg, yang mana kurang daripada paras normal 2.5kg ke atas. Walaupun dia lahir pada minggu ke-38, yang mana sudah lebih dari 36 minggu, tempoh cukup bulan. Genap sebulan, berat dia cuma naik 300g sahaja kepada 2.43kg. Cukup 2bulan pun, naik kepada 2.87kg. Maknanya, pada usia 2 bulan, beratnya tak naik sampai 1kg pun.
Kalau dibandingkan dengan anak-anak orang lain, yang sebaik je habis pantang, naik lebih daripada 1kg, Sakinah macam tak nampak perubahan langsung. Tapi, sebab saya menyusukan Sakinah dengan susu yang 'original', saya tak kisah sangat. Yang penting, anak saya sihat. Lagipun, saya ada terbaca dalam website tentang bayi, peningkatan berat bayi, harus 2 kali ganda daripada berat lahir pada usia 6 bulan, dan 3 kali ganda naik daripada berat lahir pada usia 1 tahun.
Tapi, sebaik sahaja saya hantar Sakinah untuk dijaga BS sepanjang saya bekerja, Busu (BS Sakinah), menyarankan untuk bawa Sakinah berubat secara tradisional. Kemungkinan anak saya menghidap sawan. Sebagai orang muda yang tak punya pengalaman langsung, saya rasa, tak salah untuk saya mendengar nasihat beliau, yang memang punya pengalaman yang banyak menjaga anak-anak kecil. 3 minggu lepas, kami Suami Isteri, membawa Sakinah bertemu seorang Ustaz, yang mengubati penyakit dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran. Hari pertama datang, cuma bawa air kosong. Semasa sedang menunggu giliran, isteri Ustaz melihat-lihat Sakinah. Menurut pandangan beliau, sememangnya Sakinah ada terkena sawan.
Oh, lupa nak bagitau. Anak saya sangat suka pandang ke atas. Dengan kadar kekerapan yang tinggi ya! Kalau sikit-sikit tak apalah. Dah pandang-pandang atas, senyum-senyum, gelak-gelak lagi. Mau tak risau? Lepas tu, selalu kembung tanpa punca. Boleh dikatakan setiap malam, mesti kembung. Nak kata saya salah makan, saya dah jaga makan dah. Takkanlah hari-hari kena kan?
Ok, sambung. Masa jumpa tu, Ustaz baca-baca sikit, sambil pegang Sakinah. Reaksi Sakinah? Melalak! Sebenarnya kena bawa tawas. Tapi, kami kan datang main redah je. Tak tahu kena bawa apa. Ustaz suruh beli je dekat kedai, malam tu juga. Tapi, sebab Sakinah dah melalak-lalak, saya cakap, esok jelah datang balik. Tak larat nak tunggu dengan Sakinah macam tu.
Kemudian esoknya, kami datang lagi, dengan bawa tawaslah. Cara yang sama macam semalam. Kalau semalam guna air, hari ni, guna tawas pula. Selesai dibaca-baca, Suami saya tanya, memang ada yang ikut anak kami tu ke? Ustaz sebut nama syaitan tu. Tapi saya tak ingatlah. Beliau cakap itu adalah syaitan yang sukakan bangkai. Semasa dalam perjalanan balik, jenuh kami Suami Isteri fikir, kami ada pergi ke mana-mana yang tak patut ke? Rasanya, tak ada melawat jenazah. Tak ada juga terserempak dengan kemalangan maut ke... Musykil juga.
Ok, apa yang kena buat dengan tawas tu? Perlu di bakar atas arang. Kemudian bila dah cair, biarkan sejuk sebentar, kemudian, tumbuk sampai jadi serbuk. Lebih kurang begitulah. Bukan saya yang buat pun. Mak Mertua dengan adik ipar saya yang buat. Menurut orang-orang tua, sebaik sahaja tawas tu dibakar dan cair, ianya akan membentuk punca sawan anak kita tu. Saya tak buat, jadi saya tak tengoklah bagaimana bentuknya tu. Tapi, menurut Mak Mertua, macam bentuk bulu kucing yang leper. Entah, tak dapat nak bayangkan. Terus teringat, beberapa minggu sebelum tu, memang ada kucing yang mati dekat dengan rumah Mertua saya tu. Lama juga terbiar, sebelum selamat ditanam. Sebelum tu, masa saya berpantang sekejap di rumah Mertua, ada anak kucing yang baru lahir mati kat dalam rumah tu. Mungkin itu puncanya.
Tapi, semua tu pun kebetulan je. Hanya DIA yang tahu. Yang penting, sekarang anak saya dah nampak sihat. Badan pun dah nampak 'naik' sikit. Alhamdulillah. Dia pun dah mula kuat menyusu. Harap-harap check up 3 bulan nanti, nampaklah perubahannya. Tapi kalau ada yang tengok anak saya secara live, jangan bandingkan dengan rakan-rakan sebayanya. Sebab dia tetap masih kecil. Yang penting anak saya comel! Hehe...
Gambar terbaru? Nantilah ye...
6 comments:
biasa la tue..normal la sebab anak awak lahir kecil..budak2 dlm 1 - 3 bulan memng suka pandang ke atas awak kena rajin urut mata dia la..anak kita pun gitu jgk bila dah masuk 4bulan dah xpndang atas dah..kalau selalu nangis bykkan baca 4kul,ayat kursi..
alhamdulillah sakinah dah ok..kdg2 nasihat org2 tua nie kita tak leh nak pandang remeh kan..
alahai kesiannye sakinah... sudah rindu sehh sama itu budak... nanti balik bangi inform ek kak yung nak pegang n cubit2 si sakinah tu... tu tanda rindu tu...huhuhu
adna : tq.
nadeera : betul tu! selagi tak bercanggah dgn hukum agama kn...
puteri semut : minggu ni nak balik bangi. datangla ye! jgn cubit lebih2. pipi sakinah baru nak membesar. haha!
kuatkan semangat ye sakinah.. :)
InsyaAllah sakinah akan bertambah sihat. sentiasa bacakan ayat kursi dan 3qul..amalkan setiap malam n hembus pada ubun-ubun dia..
saya doakan sakinah sihat n berambah kecomelannye :)
Post a Comment