:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Tuesday, 20 March 2012

Ini Namanya Rezeki

Aritu bagitau nak cerita pasal perkembangan terkini kan. Oppss, saya lupa, saya off blog ni kepada public beberapa minggu yang lepas, sebab ada buat sedikit renovation. Semoga dengan wajah baru ni, memberikan saya semangat lebih sikit untuk menulis. Bajet ramai sangatlah yang baca blog ni. Hehehe...


Header baru tu, rekaan sendiri je. Tu pun rasa macam perlu edit lagi. Tapi, xpelah pakai apa yang ada dulu. Nanti kalau ada idea lebih sikit, insyaAllah kita tukar yang lebih baik. Oh ye, kalau perasan, description blog pun saya dah tukar. Kalau dulu, 'Langkah Demi Langkah : Bila Minda Berfikir, Hati Berbicara'. Yang baru ni saya tukar jadi, 'Bertemu Cinta Di Dalam Restu. Moga Kasih Kekal Bersatu. Hanya Syurga Tempat Dituju.' Ok x? Hehehe...

Ok, dah habis cerita pasal perkembangan blog, yang insyaAllah akan menjadi lebih berkembang lagi. Sekarang cerita pasal perkembangan diri dan keluarga pula ye... Anak dara saya tu akan berusia 15 bulan pada 8 April nanti. Dah semakin bijak, Alhamdulillah... Ini gambar yang agak terbarulah juga. Dah boleh buat tocang pokok kelapa 2 batang. Hehehe...


Yang lebih menggembirakan dan menyeronokkan, insyaAllah anak saya akan bergelar 'Kakak' dalam masa 4 bulan lagi. Hehehe... Terkejut kan? Ini memang betul-betul rezeki. Sebab saya memang mahu menjadi ibu 2 anak sebelum menjelang usia 30 tahun. Alhamdulillah, Syukur sangat-sangat!


Maknanya, Hari Raya Aidilfitri tahun ini, sekali lagi akan disambut bersama-sama dengan ahli keluarga baru. Seronok sangat rasanya! InsyaAllah, esok genap usia kandungan 22 minggu. Dalam masa 18 minggu lagi, naiklah pangkat Annaurah Sakinah. :)

Itu jelah untuk hari ni ye... Nanti kita sambung cerita-cerita lagi, ok....

8 comments:

Nor Suhada said...

alhamdulillah..suka nama sakinah tu...

tak lama lagi sakinah jadi kakak...yeayyy,,jadi kakak solehah ya sakinah..amin

ogyep yummy mellow said...

Salam perkenalan dari ogyep.. Tahniah ya..

Unknown said...

rezeki paling mahal kan..tahniah

Unknown said...

wwaahhh!!! tahniah!!
jaga kesihatan
ramai pulak kawan-kawan bakal jadik mak beranak 2 raya ni

Lilyy said...

As salam mazni..
Wahh.. tahniah.. preggy lagi.. Kinah dah nk jadi kakak dah :)

Doa2kan saya juga..

ogyep yummy mellow said...

Salam perkenalan...Tahniah.. Tahniah..

Ibu Najla said...

congrats mazni :)

Unknown said...

WAH..TAHNIAH ZIEY..ZAM BR JE TAU..TETIBA TRINGAT NAK MENGIKUTI PERKEMBANGAN SAKINAH...TERBACA PLK SAKINAH NAK JD KAKAK X LAMA LG...SGT TERUJA!!!!!....