:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Wednesday, 16 March 2011

Berjuang!

Mmm, tak mudah sebenarnya nak ubahkan fahaman orang. Lagi pula untuk sesuatu yang sudah diterap sejak berzaman. Nak fahamkan pun bukan mudah ye...

Saya masih lagi fully BF anak saya, walaupun sudah mula bekerja. Memang ada yang pandang sinis tentang keinginan saya untuk fully BF Sakinah, sekurang-kurangnya 6 bulan pertama ni. Kalau boleh mahu lebih dari setahun. Tapi untuk jangka pendek ni, saya target 6 bulan dulu.

Tak susah pun sebenarnya. Lagi bila dah mula kerja ni, senang pula nak dapat lebih dari 3oz setiap kali sesi. Alhamdulillah. Rezeki Sakinah. Memang pada awalnya, aga payah sikit. Lagi pula, Sakinah bila ada Bubu, sibuk nak mengempeng je. Tunggu dia tidur, barulah dapat nak pam. Itu pun, hasilnya kurang memberangsangkan. Saya ada cerita kat entri ni kan.

Sekarang, sejak dah bertukar kepada breast pump yang lebih baik. Hasilnya, Alhamdulillah... Tapi kalau breast pump canggih pun, tak guna cara yang betul, tak guna juga. Saya pun dah try macam-macam milk booster yang ibu-ibu lain cadangkan. Tak ada yang menjadi sangat pun. Mungkin belum jumpa lagi kot. Setiap orang punya milk booster yang berbeza-beza.

Sebenarnya saya lebih percayakan pada konsep 'demand & supply'. Kalau banyak permintaan untuk susu, pasti ia akan keluar banyak. Makin banyak Sakinah menyusu direct, di samping teruskan pam setiap 2 ke 3 jam, makin banyak susu tu. Yang itu memang betul-betul berhasil.

Tapi, biasa la, bukan semua boleh terima. Mak saudara saya sendiri, memperlekehkan usaha saya untuk menyusukan anak dengan susu badan sebenarnya. Masih ingat lagi kata-kata beliau. "Boleh ke?". Mama pun selalu suruh bagi Sakinah dengan susu tepung. Kebetulan pula, lepas bersalin hari tu, klinik bekalkan susu formula percuma. Susu badan pula keluar lepas hari ketiga. Memang mula-mula Sakinah minum FM. Jadi susu masih ada lebih di rumah Mama. Dan saya tak ambil pun bawa balik. Tu yang Mama bising-bising tu. Selalunya kalau saya malas nak jawab, saya diam je. Saya balik tunjukkan usaha saya untuk pam susu banyak-banyak untuk Sakinah. Biar Mama tengok sendiri.

Sejak join 'Kump. Ibu2 Menyusukan di FB, makin bertambah kuat semangat saya. Tambahan pula, ramai juga blogger-blogger yang seperti saya. Ibu bekerjaya, namun masih mampu untuk fully BF anak masing-masing.

Saya cuma berharap, rezeki Sakinah tak putus. Walaupun, stok EBM saya tak sebanyak orang lain, tapi saya tahu, insyaAllah pasti ada rezeki Sakinah. Ameen...

# Mood : Rindu Sakinah. Oh!

6 comments:

Aishah 3005 said...

salam perkenalan, tu la...mmg mencabar kn, bukan jer sbb susu..tp sbb pndangan org. insyaAllah pasti ade rezeki Sakinah, doa byk2 yer... Semangatttt tuk mazni n aishah jugakkk

MaZNi PutERi said...

ye betul tu. kadang2 smpai penat n malas dah nak jawab. diam jelah...
kalau kita yakin ada rezeki, insyaAllah ada.
Sama2 kita berusaha utk yg terbaik buat anak2 kita!

Arissa Zoela said...

salam mazni..kena kuat smgt tau...rin dulu mule2 same lah mcm mazni..emak sendiri pun tak setuju...takleh nak salahkan dorg jugak sbb dorg tak cukup ilmu..pekak kan telinga n berkwn dgn org2 yg bf..mcm kim tu ramai ibu2 support...insyaallah boleh..mcm rin dah bf almost 14months..alhamdulillah...teruskan usaha ok.doa rin untuk mazni dan semua ibu2 yg bf..ameen...

Ibu Najla said...

mazni, samalah dgn saya. my mil pun suka tanya bila nak bagi najla fm? takut sgt cucu dia tak kenyang dgn bf. kdg2 rs frust sgt. sy lagi kronik, setiap kali pam, xpernah sampai 2oz. tapi usaha jugak..doa hr2 mudah2an ada rezeki najla minum susu ibu dia sampai at least 6bln.

MamaPatch said...

Hi mama sakinah. Teruskan perjuangan. pasti bleh! jgn stress2 tau! dengar je ape org kata. yg penting hati kna kuat tau! go go Mazni...

jom join mini contest @ http://precioushumairah.blogspot.com

MaZNi PutERi said...

arissa : tq. smoga ibu2 semua tabah menghadapi cabaran...

azian : tulah, dorang tengok budak tu nangis je, ckp susu tak cukup. my mil pun sama juga. tp baru-baru ni, dah ok sket, sebab dia nampak sy ada simpan susu.
xpe azian, usaha lagi. sy mula2 pun cmtu. lg pulak, sakinah ada sama, mmg susah la sket. dah start keje nanti, mesti ok. doa byk2 ye...

faeza : kalau stress2 nanti susu kurang pulak. buat2 tak dengar je. kuatkan semangat je...
nanti saya buat entri utk join contest yg faeza buat tu yer...