:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Thursday, 1 April 2010

Jurnal 2 Hati : 079 - Rezeki Bakal Pengantin, Siapa Tahu?

Saya pernah cerita, betapa risaunya saya tentang bajet majlis perkahwinan kami nanti. Saya masih belum punya simpanan yang banyak untuk majlis ini. Tapi kalau sudah waktu jodoh saya itu sampai, ia akan tetap sampai kan? Kun Fa Yakun...

Saya mungkin tidak berapa pening, sebab saya perempuan. Untuk kenduri, pasti akan disponsor Mama dan Ayah. Tapi, takkanlah saya nak pejam mata je tengok dorang kuar duit kan? Nak tak nak, sedikit-sedikit mahu juga cuba menyumbang. Lagipun, saya juga punya keinginan saya sendiri. Kalau mereka keluar bajet semua, pastilah kena ikut apa yang mereka mahukan...

Alhamdulillah, gaji bulan lepas adalah gaji baru saya dengan increment. Wah, sangat seronok, kenaikan itu di luar jangkaan saya. Syukur sangat-sangat! Bukan itu sahaja, increment tersebut termasuk, bad debt untuk increment, setelah cukup setahun saya bekerja. Faham tak? Macam ni, sepatutnya increment pertama saya berlaku tahun lepas. Tapi disebabkan, semasa increment tahun lepas diberi, saya belum pun cukup setahun bekerja, jadi tak dapatlah. Kiranya tahun ini adalah tahun pertama increment saya, yang mana sepatutnya bermula setelah cukup setahun saya bekerja. Agak-agak berapa? Alhamdulillah, syukur, syukur...

Bagi En. Tunang pula, yang akan mensponsor 100% duit majlis di sana, banyak juga yang perlu dikeluarkan. Yang ini paling saya risau. Sebab itu, saya minta beliau asingkan dulu duit hantaran saya, sebab duit itu akan diberi pada hari nikah, takut terguna pula nanti kan... Memang beliau bekerja sangat kuat untuk semua ini. Bukan saya seorang yang dapat rezeki terpijak, beliau juga. Alhamdulillah... Tidak disangka sangat-sangat!

Memang ini rezeki bakal pengantin. Saya dah cakap, kalau kita niat baik, segalanya akan dipermudahkan. Kawan-kawan yang risau tak cukup duit nak kahwin, jangan risau ya! Ada, insyaAllah... Doa banyak-banyak...

7 comments:

Queen said...

ya...betul..dan lagi satu..buat sekadar termampu..jangan beda2kan dgn org lain..memang sampai mati pun tak cukup....

congratz my dear!

MaZNi PutERi said...

betul nik! TQ ya...

Ilyani said...

wah...alhamdulillah... :)

sri seri said...

alhamdulillah...moga dipermudahkan perjalanan seterusnya :)

cikteratai said...

alhamdulillah..rezeki ada di mana2..heheheh..kalau dah tertulis olehNya itu rezekikita.. amin..amin....ya rabulalamin..amin..hehehhe

Zainur said...

Saya setuju dengan kata-kata mazni. Kalau dah pasang niat suci Allah akan bantu jua. Usah khuatir. Yang takutnya bila kita lengahkan perkara baik sehingga akhirnya menjadi hal yang tidak baik seperti zina, tangkap basah dan sebagainya...

MaZNi PutERi said...

yanie, sri seri & cik teratai : terima kasih. alhamdulillah, syukur...

zainur : betul tu! jangan takut, jangan bimbang. niat baik, DIA pasti bantu...