Entahlah... Susah nak cerita. Saya ni selalu je tersilap pilih kawan. Saya ni selalu je cepat sangat percaya kawan. Saya ni selalu je dikenakan oleh kawan. Ke saya yang tak reti berkawan?
Seingat saya dari kecil, sampai la sekarang ini, ada je perkara-perkara yang saya tak sangka seorang bernama kawan, lakukan pada saya. Pertama kali saya dikhianati kawan sendiri, sewaktu berada di Tingkatan 6 Atas. Biasalah ketika sedang meningkat remaja tu, kita ni ada perasaan disukai ataupun menyukai. Kalau ada yang kata tak ada tu, tipulah...
Masa itu saya sedang berkawan dengan seseorang. Saya kenal 'F' dah lama dah. Sebelum masuk form 6 lagi. Bila dah lama-lama berkawan tu, timbul pula perasaan sayang. Saya ceritakan perasaan saya itu kepada kawan saya bernama 'N'. Kiranya 'N' taulah segala-galanya dalam hati saya. Tanpa saya sedari, dalam diam dia bercinta dengan 'F' di luar pengetahuan saya. Dalam waktu yang sama tetap melayan cerita-cerita saya. Sakit hati saya, dikhianati kawan sendiri.
Sewaktu di U pun pernah juga dikhianati kawan. Kawan ni, saya anggap dia sebagai kakak sebab dia ni macam ketua rumah la. Masa tu duduk menyewa beramai-ramai. Tak sangka, sebab bengang saya tak ikut cakap dia, dia kunci rumah tak bagi saya masuk. Yang paling saya tak boleh lupa, dia ajak kawan-kawan serumah yang lain pindah rumah, tinggalkan saya dan seorang lagi kawan. Mereka beritahu kami, seminggu sebelum nak pindah. Macam mana nak cari penyewa ganti dalam waktu yang singkat. Bila saya cakap, diorang tak boleh dapat deposit balik sebab bagi notis kurang sebulan. Diorang tak kisah. Rupa-rupanya, dalam diam pegi jumpa tuan rumah, minta balik semua deposit, dan bahagi-bahagikan sesama diorang je. Tak bagi pun kat saya dan kawan saya yang masih tinggal di rumah itu. Tiba-tiba pakcik tuan rumah minta kami bayar deposit semula.
Bila saya minta kakak tu pulangkan balik deposit kami berdua tu untuk saya bayar semula kepada tuan rumah. Dia cakap, duit tu untuk orang yang dah keluar je. Memang saya bengang! Ingat saya bodoh ke? Saya call Ayah, untuk setelkan hal tu, sebab duit deposit tu saya guna duit Ayah la. Bila Ayah masuk campur, baru nak pulangkan balik. Sampai sekarang saya terasa lagi kesakitan dikhinati kawan sendiri.
Mungkin juga sebab itu, saya sangat takut untuk berkawan rapat dengan sesiapa. Takut dikhianati. Tapi, saya tahu bukan semua orang macam tu. Saya pun punya kawan yang saya percayai.
Dalam berkawan ni, kita kena jaga adab berkawan kan? Jangan menyakiti hati kawan kita. Belajarlah bercakap secara berhemah. Bila dah masuk dalam dunia pekerjaan ni, lagi macam-macam jenis orang saya jumpa. Saya akui, saya jenis memendam rasa. Apatah lagi jika disakiti kawan sendiri. Jalan saya ambil, diam. Silence is Golden kan?
Kalau kita layan orang secara baik, insyaAllah, orang akan layan kita baik. Kalau kita hormat orang, insyaAllah, orang pasti akan hormat kita juga. Tapi, kalau kita sendiri bercakap kasar dengan orang, tak menghormati orang, tapi kita mahu orang layan kita dengan baik, hormati kita. Kalau tidak, kita akan rasa sakit hati. Rupanya dalam tak sedar, kita dah lukai hati orang.
Semua orang pun ada perasaan. Bukan kita sahaja punya perasaan. Kalaupun mungkin orang tak balas balik apa yang kita buat, lama-lama jadi karang juga di hati kan? Menjejaskan hubungan pula akhirnya...
Susah kita nak faham orang. Tapi saya tahu, cara membalas balik orang yang berbuat jahat kepada kita ialah dengan berbuat baik kepadanya. Ya, saya akan cuba!
2 comments:
huhu. kurang ajar betul kakak rumah tu buat awak cam gitu. tu bukan tahap khianat lagi, dah tahap kurang ajar. huhu. betul tu mazni. kawan-kawan ni pun macam rezeki juga. kadang-kadang dapat yang elok, kadang kadang tak.. apapun kene bersabar sebab dah menjadi lumrah dunia. kan.
biasa la mazni...dlm berkawan nie kita kena la memilih...tak semua kawan sgup susah senang bersama kita cuma bile kita dh berjumpa dgn seseorg yg sanggup lalui semua tue bersama kita jgn sesekali kita lepaskannya.cuba menjadi kwn terbaik utk nya..ya yana pun pernah di khianati oleh kwn gk tp aper pun kita cuba utk iklaskan diri kita dlm berkawan and jadi yg terbaik...
Post a Comment