:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Monday, 22 March 2010

Jurnal 2 Hati : 074 - Hari Bermanja-manja

Hari ini saya bercuti. Untuk apa? Saya pergi membuat aktiviti memanjakan diri. Pergi spa la. Saya buat Pakej Pengantin. Memang best sangat! Rasa macam tuan puteri pulak. Hehehe...

Saya buat di Seputeh Kapas Spa, yang terletak di Sg. Merab, dekat je dengan rumah saya. Lebih kurang 15 minit perjalanan. Saya dah booking dari minggu lepas lagi. Ok, mari saya kongsikan apa yang ada di dalam Pakej Pengantin ni...

1 - Sauna Herba (RM 20.00)
Yang ini mengambil masa lebih kurang 20 minit. Memang berpeluh-peluh la. Kalau tak tahan panas, memang tak boleh buat lama. Saya pun mula-mula tak tahan juga, sampai rasa nak surrender. Tapi bila, budak spa tu cakap tinggal 8 minit je lagi. Saya pun tahankan jelah...

2 - Urut Tradisional (RM 60.00)
Memang best, lama jugalah dia urut. Sampai tertidur-tidur. Saatu badan dia urut. Dalam kepala saya fikir, kalau dah lepas kahwin pun, saya nak datang buat urut jugalah. Sebab, memang rasa relax sangat!

3 - Skrub Badan (RM 45.00)
Ini bertujuan menanggalkan sel-sel kulit mati satu badan kita. Kalau ayik sibuk nak buang sel mati di muka, badan pun kena juga sebenarnya.

4 - Mask Badan (RM 45.00)
Sudah skrub, mesti ada mask juga. Ni kira macam adik-beradik la.

Habis buat mask, saya pegi mandi, untuk buang sumer masker tulah...

5 - Crystal Peeling (RM 60.00)
Yang ini wat facial pula. Macam facial biasa. Tapi ada yang istimewa. Nanti saya bagitau yer...

6 - Manicure & Padicure (RM 80.00)
Yang ini dibuat masa tengah buat facial. Maknanya ada dua orang yang sedang memanja-manjakan kita. Itulah sebabnya saya rasa macam tuan puteri. Memang best, sampai tertidur saya. Hehehe

7 - Teh Herba
Setelah selesai semua tu, diorang sajikan teh herba ni untuk melancarkan peredaran darah.

Saya habis masa di situ lebih kurang 5 jam. Dari pukul 10 pagi sampai pukul 3 petang. Lama kan. Total servis tu = RM 310.00. Tapi sebab datang dalam pakej, harga jadi = RM 240.00. Siap dapat baucar RM 10.00 untuk next appointment.

Apa yang bestnya, kalau biasa, lepas buat facial, muka mesti merah-merah & kita mesti terus balik rumah, sebab segan dah nak kuar dengan muka cam bengkak-bengkak kan? Tapi, facial kat sini, tak merah-merah pun muka. Saya siap boleh setelkan satu lagi hal kahwin ni. Yang tu, nanti saya cerita. Kiranya, tempat ni baguslah untuk saya recommend kan...

InsyaAllah, sebulan lagi saya akan datang untuk wat lagi sekali. Ini memang dah dekat-dekat dengan majlis sangat kan...

Nak more info, boleh tengok kat website diorang - www.seputehkapas.com.


3 comments:

Xora said...

wahh macam rezeki pulak utk saya yg tgh dok skodeng nak cari tempat buat facial dan spa ni :D thanks ya!

Unknown said...

dulu masa nak kawin tak sempat pun nak gi manja2 kan diri ni
redah je..hahahaah. konon nak gi lepas kawin, tp hampeh...tak gi gak
tapi lepas beranak ni, confirm..akan carik masa dan sediakan duit untuk gi spa

MaZNi PutERi said...

xora : boleh la pegi lepas ni yer

dayu : lepas beranak kena pegi tau! memang badan rasa selesa sangat!