:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Tuesday, 23 March 2010

Hikayat Si Pendengki

Tersebutlah kisah di dalam sebuah negeri, sepasang kekasih yang begitu hangat berkasihan. Sangat indah dirasakan dunia saat itu. Namun sayangnya jodoh mereka tidak kesampaian, kerana cinta terputus di tengah jalan, kerana si jejaka menemui gadis yang lebih baik lagi. Lagi pula katanya, dia pasti tidak akan bahagia seandainya bersama dengan si gadis.

Masa berlalu, mereka berdua melalui perjalanan hidup yang berbeza, dan menemui cinta yang lain, namun hubungan itu juga tiada pengakhiran. Mungkin sudah tersurat, mereka dipertemukan semula dalam keadaan yang berbeza. Dalam keadaan masing-masing saling memerlukan cinta.

Lantas si jejaka mengambil kesempatan, untuk melamar si gadis, sedang dia tahu si gadis tersangatlah kecewa tika itu. Dia seolah-olah lupa, bahawa dia pernah melukai hati si gadis itu, dengan kata-kata yang begitu memedihkan. Dia tetap berusaha untuk mendapatkan si gadis, dengan keyakinan itulah jodohnya.

Namun sudah takdirnya, si gadis dipertemukan dengan jejaka yang tersangat mulia hatinya. Keputusan diambil untuk mengikat tali pertunangan, dan takdir Tuhan mereka bertiga dipertemukan dalam keadaan yang tidak terduga. Si jejaka yang begitu mengharapkan kepulangan si gadis ke pangkuan hatinya, begitu kecewa dengan tindakan si gadis memilih jejaka, yang baginya dia lebih baik dari jejaka pilihan si gadis. Dia tidak dapat menerima kenyataan, bahawa dia kalah pada seorang yang pada anggapannya lebih lemah darinya.

Bagi si gadis pula, tiada gunanya punya rupa paras yang menawan andai tidak punya hati budi. Kerana itu, dia rasa tiada gunanya dia menerima lamaran jejaka itu buat kali kedua, walaupun si jejaka beria-ia meyakinkannya yang dia sudah benar-benar berubah.

Si gadis sudahpun mahu mendirikan rumahtangga, dan tarikh sudahpun ditetapkan. Berita itu sudahpun dikhabarkan kepada seluruh rakan taulan, dengan mengalu-alukan kedatangan mereka semua ke majlisnya nanti.

Ada khabar sampai ke telinganya, mengatakan si jejaka yang beria-ia mahukannya dulu, juga mahu menamatkan zaman bujang. Si gadis sangat lega dengan khabar itu. Sekurang-kurangnya, tiada lagi gangguan dari si jejaka. Namun, khabar yang tidak sedap didengar, si jejaka memilih tarikh yang sama dengan si gadis.......

***



***



***



***



***



***



***



***



***



***


WTH? Banyak lagi tarikh lain, tarikh yang sama dia pilih? Saja nak sabotaj majlis aku? Memang tak boleh blah. Pastu menipu lagi tu... Nyesal aku kawan dengan kau!


3 comments:

Xora said...

ei!!! bencinyeeee!!!!!!!!! takpe, harus ada baby sebelumnya! :p hihih just kidding.

mama affan said...

mazni..xpe..anggap semua ni rezeki..kalau itu pilihan date nya..redha jer..lepaskan semua.hati mazni akan jadi lega..skang mazni telah ada seseorang yg lebih menghargai..jadi lupakan kepada kenangan lalu..hal majlis 2 biar Allah yg tentukan..ryna doakan majlis mazni selamat..n x yah la runsing2...buat rosak sel otak mazni jer..huhu..

fazemy said...

Ya Allah..nape prangai dia buruk camtu skali Mazni? Ko sabar byk2 yer...org yg dengki ni hidup dia tal bahgia. Yang penting ko fokus kat mjlis kawin ko sudah..jgn nak pikir2 psl org camni. Buat menyakitkan hati je. Kesian wife dia nnti..entahkan dia syg entahkan tidak. Agaknya ni lah calon isteri time perut besar ke depan, suami netah ke mana. Kesian mereka.