:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Friday, 12 March 2010

Jurnal 2 Hati : 071 - Senarai Jemputan

Hari ini saya mahu sentuh sedikit mengenai senarai jemputan. Yang mana, bagi saya ini adalah salah satu tugas terpenting untuk B2B semua. Dari mula kita merancang untuk mengadakan majlis 'Hari Besar' kita tu, perkara ini adalah antara yang dititik beratkan.

Mengikut pengalaman saya, senarai secara kasar telah mula saya buat selepas tarikh majlis sudah ditetapkan. Masa bertunang lagi, tarikh majlis sudah ditetapkan. Jadi, sebenarnya, selepas dari bertunang lagi. Kemudian, senarai tersebut mula ditapis, menjelang proses penempahan kad mahu dibuat. Ini penting, supaya kad yang ditempah itu tak berlaku masalah kekurangan. Kalau terlebih tu, tak mengapa lagi. Tapi janganlah terlebih terlalu banyak pula.

Kalau mengikut anggaran saya dari awal lagi, bagi diri saya sendiri, saya hanya memerlukan 150 keping kad sahaja. Yang lebih, tentulah untuk kedua orang tua saya. Oh ya, tak lupa juga untuk adik-adik saya, sdikit sahaja ya! Dan setakat ke hari ini, kad yang telah ditulis nama (belum lagi diedarkan ya!) masih lagi di dalam kuota yang saya sendiri tetapkan.

Sebenarnya, agak pening juga mahu membuat senarai jemputan ini. Iyalah, kalau nak dikirakan kawan-kawan, memanglah ramai. Berada di sini pun sudah lebih 25 tahun kan. Lagi pun, perlu juga difikirkan, kalau ada yang tak dijemput nanti, ada pula yang berkecil hati. Perkara ini yang paling saya cuba elakkan.

Jadi saya memutuskan begini. Kad hanya akan diberikan kepada kawan-kawan saya yang terkini, contohnya kawan-kawan pejabat sekaranglah. Kalau nak dikira kawan-kawan satu bangunan pun sudah cukup banyak, saya hanya memberikan kepada kawan-kawan satu level yang berjumlah 25 orang. Ramai kan? Kawan-kawan di tingkat lain pula, saya jemput yang paling kerap berurusan. Begitu juga kawan-kawan dari kampus lain. Saya mementingkan lokasi kawan-kawan yang dijemput, untuk memastikan mereka dapat menghadirkan diri ke majlis saya nanti. Tidaklah nanti jadi kes, dari 150 keping kad diedar, hanya 50 orang penerima kad sahaja yang datang. Kecewa juga saya nanti. Sedangkan majlis ini saya adakan untuk sama-sama meraikan hari bersejarah saya nanti.

Untuk kawan-kawan lama pula, saya mengambil kira kawan-kawan yang paling rapat dengan saya.Dari sekolah rendah, ke sekolah menengah, hinggalah kepada kawan-kawan universiti. Tak lupa, kawan-kawan di alam pekerjaan. Yang paling utama, kad jemputan akan dihantar kepada kawan-kawan yang menghantar kad jemputan mereka kepada saya dulu-dulu. Kira macam award la. Dulu dia bagi, sekarang saya pula bagi.

Sekarang ini, saya mencari alamat cikgu-cikgu yang pernah mengajar saya dulu. Terutama cikgu-cikgu yang dah pencen atau pun yang dah pindah. Yang mana masih lagi di sekolah lama, mudah sikit menjalankan operasi. Harap-harap cikgu-cikgu saya dapat meraikan 'Hari Besar' saya nanti.

Sebelum terlupa, saya pun dengan sangat sukacita mengalu-alukan kedatangan, pembaca-pembaca blog saya. Tak kira la, yang aktif ke yang silent ke. Harap sangat, majlis nanti dapat menjadi tempat pertemuan pertama kita semua. Wah, gitew...

Itu jelah, sedikit tips saya. Makcu saya baru-baru ini berpesan, "Jangan lupa jemput ex-boyfriend semua". Haha! Boleh ke? Ayat beliau tu, macam ramai giler boyfriend saya dulu. Hehehe. Nak jemput ke tak ey? Mmm...

No comments: