:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Friday, 28 August 2009

Transformasi Ramadhan


Epilog Silam - Haikal


Dalam mengenang kisah hidup silam
Ku sedar dari kesilapan lalu
Tuhan beratnya dosa-dosaku
Masihkah ada ampunan buatku

Tuhan...Dalam menempuh hidup ini
Banyaknya dugaan datang menguji
Tuhan...Ada yang dapatku gagahi
Dan ada yang gagal kuhindari

Tuhan...Dosaku menggunung tinggi
Tapi taubatku tak kutepati
Tuhan...Rahmat-Mu melangit luas
Terlalu sedikit kubersyukur

Kini kukembali pada-Mu
Mengharap maghfirah dari-Mu
Mogakan terampunlah dosa-dosaku
Biarpun ujian melanda
Ku tetap berkasih pada-Mu
Kerna kuyakin kasih-Mu
Kekal tiada sudahnya...

~~~~~~~~~~

Alhamdulillah, semalam saya berpeluang mendengar tazkirah @ ceramah motivasi yang disampaikan oleh Dr. Fadzilah Kamsah, di sini. Ya! Itulah yang seronoknya apabila bekerja dengan top management yang ramai orang Islam. Sepanjang Ramadhan dipenuhi dengan majlis-majlis ilmu. Tinggal kami menggunakannya sebaik mungkinlah kan?

Semalam, beliau mengupas tajuk mengenai 'Transformasi Ramadhan'. Ramadhan datang, Ramadahn pergi, tapi kita masih di sini, di takuk ini, tiada apa yang berubah. Sebenarnya, sepatutnya kita menjadikan Ramadhan sebagai titik tolak untuk kita memulakan perubahan kepada yang lebih baik. Yelah, seperti yang kita tahu, bulan ini adalah bulan yang penuh berkat. Salah satu sebabnya ialah kerana musuh utama anak-anak Adam, tiada. Sudah diikat dan dicampakkan ke laut nun. Jadi, kalau jadi apa-apa yang tidak sepatutnya, janganlah kita nak dok salahkan makhluk lahanat tu. Sebenarnya apa-apa perkara yang kita lakukan, jika kita melakukannya lebih 40hari berturut-turut, ia akan jadi sesuatu yang biasa untuk kita lakukan. Tidak kiralah sama ada perkara yang baik atau yang buruk. Jika, kita melakukan dosa pada bulan yang penuh barakah ini, mungkin sebab ianya sudah menjadi kebiasaan kita kan...

Dan pagi tadi, terdengar pula lagu yang di atas ni. Rasa syahdu pula. Bait-bait liriknya benar-benar menyentuh tangkai hati saya. Betapa banyaknya dosa yang telah saya lakukan sepanjang 26tahun berada di atas muka bumi-NYA ini. Tapi rahmatnya, tak pernah putus buat saya. Saya harap ianya, memang rahmat dan bukan istidraj. Itu memang sangat menakutkan. Semoga maghfirahnya mengiringi perjalanan saya.

InsyaAllah, Ramadhan kali ini akan saya jadikan Ramadhan yang terbaik, kerana saya sendiri tidak pasti adakah akan saya bertemu lagi Ramadhan pada tahun hadapan. Pada semua rakan-rakan, sama ada yang sudah lama saya kenali, baru dikenali atau akan mengenali, saya mohon ampun & maaf banyak-banyak. Memang raya lama lagi, tapi kita pun tak pasti adakah sempat kita menunggu Aidil Fitri nanti untuk memohon maaf. Saya juga memaafkan anda semua. Semoga kita semua diberkati oleh-NYA. Ameen...


## Azam saya mahu mengkhatamkan Al-Quran, InsyaALLAH...






glitter-graphics.com

No comments: