:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Wednesday, 26 August 2009

Lirik Lagu : Destinasi Cinta


Destinasi Cinta - Mestica


Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku... Ya Allah...

~~~~~~~~~~

Ramai di kalangan sahabat-sahabat saya sangat terkejut dengan apa yang jadi dalam hidup saya sekarang. Apatah lagi, saya bertemu dengan apa yang saya mahu, seperti apa yang saya mahu, walau mungkin terlambat sedikit. Tapi ini yang saya mahu, ini yang saya pinta pada-NYA lewat doa-doa saya.


Dengan kata mudah, saya jatuh cinta dengan tulisan beliau, sehingga membawa kepada saya benar-benar menyayangi beliau. Pertemuan pertama meyakinkan saya, beliaulah jodoh saya, kerana apa? Kerana saya telah bertemu beliau di dalam mimpi-mimpi saya.

Macam cerita dongeng yang direka-reka kan? Tapi itulah kenyataanya... Yang penting, Alhamdulillah atas segala kurniaan-NYA.





glitter-graphics.com

No comments: