:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Sunday, 16 August 2009

Penangan H1N1

Gambar ini saya ambil beberapa hari sebelum saya diserang batuk+demam yang teruk, sampai tak boleh nak bangun. Memang seksa la.. Tuhan baru tarik sikit je tu. Kebetulan sehari sebelum kejadian, salah satu department di ofis saya telah ditutup kerana salah seorang staf(mungkin sebenarnya student), telah disahkan +ve. Lagi pula, masa tu saya dah mula batuk-batuk.

Esoknya, iaitu pada hari Khamis, demam saya bertambah teruk. Tapi saya gagahkan diri pergi kerja kerana memikirkan saya akan bercuti pada hari Jumaat, dan saya perlu siapkan kerja tersebut sebelum saya bercuti. Kerja siap je, terus saya chow ke klinik. Tunggu di klinik yang penuh sesak dengan manusia. Tunggu dari pukul 11pagi, pukul 12.30 tghri, baru dipanggil masuk. Lama kan. Dr check demam 38.7. Memang rasa dah macam nak pitam dah. Beliau cuma cakap, u demam+batuk & anything can be happen. So, dalam masa 3hari, mkn ubat 6jam sekali. Masuk hari ke4, demam xkebah, datang balik klinik.

Balik rumah, cari nasi. Pastu makan ubat, trus tido xingat apa. Apa yg best nya, demam saya hanya surut selepas makan ubat. Beberapa jam kemudian, panas semula. Serius, memang saya rasa sudah tak ada daya. Nak makan pun, xde selera. Tapi, memikirkan nak makan ubat punya pasal, jolok jelah...

Ikut plan asal, memang saya bercuti pada hari Jumaat, untuk ke Melaka. Tapi, memang tak gerak ke mana la. Dr bg MC 2hari, Khamis & Jumaat. Masuk hari Sabtu, panas badan dah xde. Cuma rasa demam tu masih lagi tertinggal. Badan masih terasa bisa. Keadaan lebih baik daripada beberapa hari sebelum la. Tepat jam 12tghri, selepas saya tidur sejam, saya bergerak ke Melaka. Alhamdulillah, selamat sampai, dan selamat pun join majlis. Dapatlah tengok adik tunang (bakal adik ipar la..) bersanding. Jumpe dengan ahli keluarga beliau. Sebenarnya, saya xlarat. Tapi saya tahankan jugak. Sory, gambar time majlis memang xde dalam kamera saya. Saya xde mood nak bergambar.

Dan hari ini, keadaan badan dah bertambah baik. Cuma tinggal batuk je xbaik lagi. Harap-harap sebelum puasa baiklah batuk ni. Sebenarnya saya dah jumpe ubat yang betul kat Melaka. Tu yang terus baik tu. Hahaha!






glitter-graphics.com

No comments: