Sebab pertama, menjelang 'Hari Besar' saya nanti, saya sangat sibuk dengan kerja-kerja pejabat untuk siri pengauditan. Ianya akan mula sibuk selepas raya nanti. Saat keadaan itu, saya sangat pasti, tiada cuti dalam diari harian saya.
Sebab kedua, selain daripada saya, selalunya hanya Mama yang akan membantu. Adik-adik? Semua lelaki... Jadi? Tengok jelah mereka tahu. Saya tidak mahu membebankan mama dengan kerja-kerja remeh+memenatkan ini. Banyak lagi perkara-perkara besar yang perlu diselesaikan.
Sebab ketiga, apabila dikira-kira, bajet membuat sendiri, dengan mengupah orang membuatnya, lebih kurang sama saja. Mengupah orang mungkin lebih sedikit, tapi kuranglah pening+penat kan? Saya telah jumpa di mana tempat yang murah+cantik.
Memang pada awalnya saya mahu membuat sendiri, kerana ini adalah salah satu cabang seni yang saya gemari. Tapi, kalau saya punya masa yang banyak @ pembantu yang ramai, pasti ia lebih memudahkan kerja-kerja saya.
Masa masih banyak untuk difikirkan lagi & dibuat keputusan...
glitter-graphics.com
1 comment:
tempah senang. hehe.
Post a Comment