:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Tuesday, 21 July 2009

Bila Amarah Menguasai Diri

Kalau kita imbas kembali, kadang-kadang kita melakukan sesuatu tanpa memikirkan perasaan & hati orang lain. Ada juga yang mengatakan, kalau asyik hendak difikirkan mengenai orang lain, sampai bila-bila pun kita tidak akan maju. Kita hanya berada di takuk ini, dan langsung tidak mampu untuk ke hadapan.

Tapi kadang-kadang, tanpa memikirkan perasaan orang lain, kita sebenarnya telah melukai hati orang yang paling kita sayang. Pernah dengar tak, ayat ini; 'Kita seringkali menyakiti hati orang yang paling kita sayang, sedangkan bukan itu yang kita mahukan'. Kenapa ya, sering terjadi begini?

Sebenarnya kita amat mudah meluahkan perasaan kita yang sebenarnya pada orang yang paling kita sayang, kerana dialah yang paling dekat & paling memahami kita. Dan mungkin juga kerana kita fikir, dia juga menyayangi kita, dan tak mungkin dia melakukan sesuatu yang teruk, contohnya meminta perpisahan. Ya, perpisahan amat mudah diminta, amat mudah diberikan, tetapi amat pedih untuk ditelan. Bila pengucapan itu telah terkeluar, & persetujuan bersama telah diterima, sukar untuk berpatah kembali. Sekali, mungkin boleh lagi. Dua kali juga mungkin masih mampu. Tetapi kali ketiga? 'Kesalahan pertama itu, KESILAPAN. Kesalahan yang sama kali kedua itu, KECUAIAN. Mengulanginya buat kali ketiga, itu KEBODOHAN'.

Biasanya keputusan yang dibuat dalam keadaan amarah menguasai diri, akan menimbulkan penyesalan di kemudian hari. Betul kan? Tapi kadang-kadang, ego menguasai diri, lantas langsung tiada rasa kesal yang lahir. Bukankah sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna?

Renung-renungkan dan selamat beramal... =-)





glitter-graphics.com

No comments: