Kadang-kadang masalah timbul bukan datang daripada kami. Tapi mungkin juga daripada orang sekeliling, termasuklah keluarga sendiri. Sekarang lebih banyak hati yang perlu dijaga. Banyak juga nama yang perlu dijaga. Nama baik keluarga sendiri, juga nama baik keluarga tunang. Memang selepas selesai, perasaan sedih+terharu tak mampu untuk ditahan-tahan lagi. Sehinggakan satu tahap saya hampir menitiskan airmata. Sudah lama saya tunggu saat ini, dan akhirnya ia tiba seperti yang saya inginkan. Bertemu di dalam restu. Syukur pada-MU...
Kenapa saya memilih beliau = Encik Usul, sebagai seseorang yang bakal menemani saya ke akhir hayat? Kerana saya dapat merasakan kami saling melengkapi antara satu sama lain. Kerana beliau ada apa yang saya mahu, dan saya ada apa yang beliau mahu. Dan sebenarnya beliau pernah hadir dalam mimpi, lewat saya melakukan ISTIKHARAH beberapa bulan yang lalu. Sungguh, saya tidak sangka, lelaki di dalam mimpi itu, wujud sebenarnya. Masih saya ingat, terjaga dari lena, saya masih lagi merasai cinta yang sangat kuat dari 'lelaki itu'. Yang tidak saya kenali lagi tika itu. Aduh, indah sungguh rasanya.
Dan hari ini, cinta itu saya rasai setiap saat. Alhamdulillah, syukur pada-MU. Doakan yang baik-baik saja untuk perhubungan ini. InsyaAllah, majlis walimah akan dijalankan tahun hadapan. Semoga DIA sentiasa melindungi kami daripada kemurkaan-NYA. Ameen...
glitter-graphics.com
No comments:
Post a Comment