Buat seketika, aku ditanya siapakah lelaki yang menjadi pilihanku. Aku tiada jawapan untuk soalan ini. Kerana bagiku pandangan mata tidak menjanjikan apa-apa. Kerana jika hati sudah sayang, semuanya jadi begitu indah sekali...
Persoalan cinta memang sukar untuk dijawab. Apatah lagi persoalan jodoh, yang sudah semestinya kita tiada jawapan untuk itu. Kadang2 apabila kita telah tetapkan apa yang kita inginkan. Belum tentu kita akan memperolehnya. Dan kadang2 bila kita telah menemuinya, rupanya dia bukan jodoh kita...
Aku sudah mengalaminya beberapa kali. Hingga akhirnya aku membuat keputusan, aku tidak perlu menetapkan apa2 pun. Bukanlah bermakna aku akan belasah saja yang ada di depan mata. Kadang2 kita suka pada seseorang pada mulanya. Dan akhirnya kita membencinya pula. Kadang2 pula kita membenci seseorang pada mulanya. Tapi akhirnya kita menyukainya pula. Persoalan hati memang sukar untuk diduga...
Jika aku ditanya sekali lagi soalan begini. Jawapanku, aku mencari keserasian. Jika tidak serasi pun pada awalnya, berusaha bersama-sama untuk mencapai keserasian itu. Jika aku berusaha menerimanya seadanya, seharusnya dia pun mampu menerimaku seadanya. Kekurangan & kelemahan ada pada setiap orang. Apa yang penting berusaha untuk memperbaiki kelemahan itu. Tiada manusia yang sempurna di dunia ini...
No comments:
Post a Comment