:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Tuesday, 1 February 2011

9 Bulan Yang Membahagiakan. Alhamdulillah...

Sedar tak sedar, dah 9 bulan usia perkahwinan kami. Dalam tempoh ini, kami telah dianugerahkan dengan hadiah yang tidak ternilai iaitu Annaurah Sakinah. Seminggu lagi, genap sebulan usia Sakinah.

Alhamdulillah, syukur... DIA mempermudahkan rezeki bagi kami. Disahkan hamil, beberapa minggu selepas bernikah. Kata orang 'bunting pelamin'. Haha! Kelakar rasa nak sebut. Dan Sakinah pula, keluar awal 2 minggu dari jangkaan bersalin. Yang penting, semuanya selamat.

3 bulan je lagi, genap setahun usia perkahwinan. Merancang sesuatu yang istimewa untuk tahun pertama ini. Apatah lagi, kami belum pun sempat nak berbulan madu. Tapi kali ni, kalau berbulan madu pun, bersama-sama Sakinah la... Takkan nak tinggalkan pula...

Doa saya buat kami sekeluarga agar sentiasa dimurahkan rezeki, diberikan kesabaran dan ketabahan dalam menghadapi sebarang dugaan, serta yang paling penting diberi kebahagiaan dan keimanan sentiasa mengiringi kami sekeluarga. Ameen...

4 comments:

Unknown said...

annaurah sakinah comel :) join kontest nama baby saye tau :) heheh

http://idmatextile.blogspot.com/2011/01/contest-nama-baby-saya.html


semoga bahagia hingga ke akhir hayat :)

haime said...

salam awak.. tahniah atas kelahiran sakinah.. :) anniversary saya pun xlama jugak, bulan 3 nanti. tgh pk jugak apa yg menarik.. :)

fazemy said...

Allah bless u:))

Lilyy said...

Alhamdulillah.. semoga dirahmati Allah S.W.T dan berbahagia bersama insan2 tersyg... :)