:: Nuffnang ::
:: Pengikut Setia ::
Monday, 9 April 2012
Si Kecil Yang Semakin Membesar
Anak saya ni, dah berusia 15 bulan pun semalam. Sekejap je masa berlalu. Rasanya hari tu baru je lahir si kecil yang makin membesar ni. Hehe... Alhamdulillah, dah pun bawa pegi check up 15 bulan pun minggu lepas. Takde cucuk, cuma kena mkn ubat cacing je...
Alhamdulillah, saya dikurniakan anak comel dan sihat. Kalau demam, selesema dan batuk tu, biasalah kan. Budak-budak nak membesar. Sakinah memang mudah nak dijaga. Dan semakin besar, semakin mudah, Alhamdulillah. Walaupun lasak sedikit, tetap lasak budak perempuan. Hehe...
Dah berusia setahun tiga bulan ni, Sakinah dah boleh faham apa yang kita cakap kat dia. Kalau bagi arahan pun, insyaAllah dia dah boleh buat apa yang kita suruh. Kalau dah lepas main, tak kisahlah barang permainan dia, atau apa sahaja yang dia main, dia mesti akan kemas balik. Cuma taklah sekemas macam kita kemas. Dia masuk je balik dalam bekas yang dia main tu.
Sekarang kalau bangun pagi je, dia akan minta naik katil, pastu dah dapat 'serum penenang' se'das', baru dia turun katil, dan mintak 'milk' kat Babah. Kalau saya nak pegi keje, siap lambai-lambai dan 'flying kiss' lagi. Lepas saya dah pegi, Babah dia cite, selalunya dia cepat-cepat pegi ambik bakul baju nak pegi rumah BS. Memang tak sabar sangat nak pegi. Pagi tadi pulak, kebetulan kami nak gerak sama-sama, dia dah cepat-cepat ambik beg mainan dia, pastu datang salam saya dan suami. Terasa pulak anak saya makin cepat membesar. Hehehe...
Bercakap memang banyak. Kadang-kadang adalah perkataan yang kita sebut tu, dia dapat ikut balik. Tapi banyak, yang tak tau apa bunyinya. Tapi saya layankan je...
InsyaAllah, dalam masa 3 bulan lebih lagi, jadi kakak anak saya ni. Setakat ni, saya tengok dia sangat suka baby. Harap-harap dia oklah bila dah ada adik nanti....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment