Ok, kebetulan resepi yang ni hari tu saya teringat nak amik gambar. Tu pun sejak dah ada instagram yang mencantikkan gambar tu. Tapi, gambar tak adalah cantik sangat pun. Saya tak ada skill tulah...
Saya buat ni, hari Selasa minggu lepas. Asalnya ingat nak buat masa hari Rabu, cuti Pertabalan YDPA tu. Tapi, sebab tak menyabar nak tengok hasilnya, balik keje terus singgah beli bahan-bahan, dan buat. Nasib baiklah Sakinah elok pulak, tak ada nak berkepit je. Dapatlah selesaikan dengan aman.
Sejak akhir-akhir ni, sangat suka berjalan-jalan ke blog-blog makanan ni. Antara blog yang saya suka, blog Kak Ita Masam Manis. Jadi dapat resepi ni, dari sanalah. Kalau tengok gambar setiap resepi yang dipaparkan, mesti rasa nak cuba, sebab gambarnya sangat menarik! Ini resepi pertama yang saya cuba dari blog Kak Ita.
Puding Roti Karamel
Bahan-bahannya :
- 3 sudu gula pasir untuk buat gula hangus
- 8 kpg roti dicarik-carik atau dipotong kecilkecil
- 1 tin susu pekat manis
- 1 tin susu UHT (pakai sukatan tin susu pekat manis tadi) atau susu cair
- majerin - disapu pada roti sebelum dipotong
- 5 biji telur
- 2 sudu esen vanila
- nenas dalam tin dipotong kiub
- ceri hijau dan merah
- sedikit kismis
Cara-caranya :
- Taburkan gula dalam loyang (ini adalah proses untuk membuat gula hangus), dan letak atas dapur. Apabila sudah cair, biarkan sebentar.
- Satukan susu pekat manis, susu UHT atau susu cair, telur dan esen vanila. Pukul dengan perlahan sahaja jangan sampai berbuih.
- Masukkan sedikit dalam loyang gula hangus tadi. Kemudian susunkan roti, taburkan nenas, ceri dan kismis. Masukkan lagi bahan tadi dan ulang hingga habis.
- Biarkan sekejap hingga roti dah serap dan bolehlah mula mengukus. Kukus selama 45 minit.
- Sesudah puding masak biarkan sejuk sebentar.
- Akhir sekali masukkan ke dalam peti ais.
- Boleh dimakan ketika sejuk ataupun panas. Cuma jika panas susah sikit nak keluarkan dari loyang.
Hasilnya? Memang sedap! Bolehlah cuba nanti. Tak rugi...
No comments:
Post a Comment