Memang benarlah kata orang, kalau dah ada anak ni, semua benda yang dibuat, anak yang akan didahulukan. Sampaikan nak beronline pun, fikir-fikir banyak kali. Ni sementara dia tidur lena tu, baik kita pulun mana yang boleh. Kang kalau dia dah start enjin 'ehek-ehek' dia, memang tak dapatlah...
Baru masuk hari ke-10 usia Sakinah. Alhamdulillah, Sakinah memang langsung tak kena kuning. Memang jaga betul-betul. Tak sanggup rasanya nak berpisah dengan si kecil tu dalam saat-saat begini. Apatah lagi nak tengok tangan kecil halus dia tu dicucuk-cucuk. Mahu ibu dia yang melalak kang. Segala macam petua orang tua, saya ikut, nak elakkan dari terkena. Alhamdulillah, berjaya juga...
Biasanya bila dah ada anak kecil ni, orang akan tanya pasal rutin malam kita. Soalan biasa, 'Baby berjaga malam tak?'. Sakinah masa mula-mula balik rumah, ok je... Lagi pula lepas tu, Babah tak ada, sebab dah balik Melaka. Jadi tidur dengan Ibu, dia cuma bangun 3 - 4 jam sekali. Jadi saya boleh terimalah. Sebab tak adalah dia nak bangun sepanjang malam.
Lepas tu, bila Babah balik ari Rabu minggu lepas, dia mula buat perangai manja dia. Nak manja dengan Babah agaknya. Bangun dari pukul 3 pagi, lepas tu langsung tak nak tidur. Kalau diam je takpelah juga. Ni dia dah melalak-lalak. Hadui, dah Sakinah nangis tak henti-henti, Ibu dia pula tak tahu punca, ikutlah menangis sekali. Dah nak dekat Subuh baru kami perasan, rupanya dia dah buat 'projek besar punya'. Tak selesa agaknya. Lepas tu cerita dekat Opah Sakinah. Opah datang check, rupanya Sakinah kembung. Heh, maafkanlah ibubapa baru ni. Kami tak reti. Baru nak belajar sikit-sikit.
Malam esoknya pula, Sakinah buat hal yang sama juga. Hasil pengalaman semalam, kami check segala bagai. Dah check drypers, check pula perut dia. Sama juga, lepas Subuh baru dia tidur. Kami pun bantailah tidur juga. Dah 2 malam tidur tak cukup.
Kami masih mencari-cari cara nak buat Sakinah tidur lena time malam, dan kami pun boleh tidur lena. Kalau sebelum tidur, saya biarkan Sakinah bergayut lama-lama. Memang dia suka nak 'mengempeng'. Kadang-kadang dah lena dah, tapi memang dia tak nak lepas puting azimat dia tu. Dan hasilnya malam tadi, Sakinah bangun time yang sepatutnya sahaja. Tak adalah sejam sekali dia nak bangun. Itupun Babah bedung dia kuat-kuat, lepas tu tidur pun kena tutup lampu semua. Bagi gelap gelita...
Tiga malam lepas, saja try letak Sakinah tidur dalam baby cot. Baby cot tu pun betul-betul sebelah katil kami. Mula-mula dia lena la. Lepas tu, sampai tengah malam, dia jaga. Dah bagi susu semua, letak balik kat baby cot. Dia melalak-lalak. Lepas tu bila Babah angkat, letak tengah-tengah antara kami berdua, elok dia diam, pastu terus lena. Dia tau-tau je. Memang nak manja dengan kami berdua. Ingatkan oklah tidur dalam baby cot tu, sebab kalau siang, ok je. Rupanya kalau malam tak boleh. Nak mengempeng dengan kami berdua.
Tak apalah Sakinah, janji Sakinah tidur lena. Babah dengan Bubu bersempit pun tak apa. Malam ni jangan buat perangai 'indah-indah' ya! Babah tak ada. Kang Bubu lak menangis sama-sama dengan Sakinah. Hehe...
4 comments:
As Salam,
maybe note ini boleh membantu?
http://www.srikasih.co.cc/2011/01/tip-bayi-tidur-nyenyakibu-bapa-tidur.html
sekadar berkongsi, dh lama jd silent reader :)
nice info mima...thanx...
mungkin ini akan membantu puan mazni juga...
sekadar berkongsi pengalaman lalu...jalan2 tengok blog tiba2 tejumpe blob awak...dri pengalaman saya dulu anak kecil memang suka didakap pd malam hari dan memang sukar nak lepaskan susu badan..dan untuk elakkan dari kembong biasakan dituam perut tapak kaki dia kemudian barulah disapukan minyak angin, saya biasa gunankan mingak angin yue yie atau minyak kayu putih..tapi pernah juga dulu anak saya menangis sampai saya pun kelam kabut call mak tanya kenapa la sikecik ni x berenti2 menangis..sampai saya yang nangis..terus pick up phone call ayah dia suruh balik cepat2 dari ofice...pengalaman 1st la katakan..
salam..sekadar berkongsi pengalaman..dulu saya pun pernah alami kisah mcm tu...anak menangis mak pun turut menangis..kalu nak elak anak kuning kata orang tua kasi dia minum air sengkuang cina..jangn bagi minum susu kambing..tapi kalu semasa mengandung elok amalkan susu kambing..n lagi 1 anak saya kembong mak kerap bagitau selalu amal tuamkan perut dan tapak kaki dia...lepas tu barulah disapukan minyak angin..harap dpt membantu
Post a Comment