:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Friday, 24 September 2010

Banyak Nak Buat

Sebenarnya, nak jadi ibu ni, banyak ilmu perlu diketahui. Lagi-lagi untuk anak pertama. Sekarang ni lagi mudah, banyak tempat yang dibuat perkongsian ilmu untuk bakal-bakal ibu seperti saya ni. Banyak perkara yang menarik perhatian saya, untuk dibuat bila dah jadi ibu nanti. Antaranya ialah:
  • penyusuan susu ibu (BF)
  • penggunaan cloth diaper (CD)
Semalam terbaca pasal BF kat blog Dayu. Saya yang asalnya masih berbelah-bagi sama ada nak bagi bb fully BF atau tidak, jadi bersemangat dengan cerita beliau. Saya masih takut-takut, bukan apa, saya kan bekerja. Jadi saya takut saya tak dapat nak memenuhi keperluan anak saya nanti, bila saya mula bekerja. Kesian pula kat anak nanti.

Sekarang sudah mula ditekankan tentang kebaikan BF ni. Bukan sahaja kepada bayi, malahan juga kepada ibu. Antaranya yang saya salin dari sini :

Kebaikan Susu Ibu kepada bayi:
  1. Mengandungi antibodi (bahan pencegah penyakit)
  2. Mempunyai komposisi nutrien yang lengkap dan memenuhi keperluan bayi
  3. Mengandungi protein dan asid lemak yang tinggi dan mudah hadam
  4. Mengurangkan risiko alahan
  5. Mengurangkan masalah pergigian dan ortodontik
  6. Melindungi bayi daripada kolik, asma, penyakit kulit, jangkitan hidung dan telinga
  7. Mengelakkan cirit birit dan penyakit saluran pernafasan
  8. Mengurangkan risiko penyakit jantung, kencing manis, kanser dan obesiti
  9. Menggalakkan tumbesaran yang baik
  10. Meningkatkan daya perkembangan intelek yang baik

Kebaikan susu ibu kepada ibu:

  1. Membantu pengecutan rahim dan mengurangkan pendarahan
  2. Mengurangkan risiko barah payudara dan ovari
  3. Menjarakkan kelahiran
  4. Mempercepatkan penurunan berat badan
  5. Mengeratkan kasih sayang antara ibu dan anak
  6. Menjimatkan masa dan wang
  7. Mudah dan tidak perlu persediaan
Banyakkan? Sekarang ni saya kena tambah ilmu, dan tanya pengalaman ibu-ibu bekerja yang bagi BF sepenuhnya kepada bayi mereka. Semoga pengalaman mereka ini nanti dapat menjadi panduan buat saya dan bakal-bakal ibu yang lain.

1 comment:

rDnA said...

hati mmg berkobar2 nak fully BF bby..tp takut plak penghasilannya..
kna bc surah alhujurat selalu la selain pemakanan kan??