:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Tuesday, 22 June 2010

Raikan Cinta : Menantu Bertandang

Selepas selesai majlis di Bangi, esoknya terus sahaja majlis di Melaka. Memang kami mahu buat sekali jalan. Senang... Lagipun, Bandar Baru Bangi - Bukit Katil, cuma sejam sahaja perjalanan.

Kami bergerak dari Bangi pada pukul 10.30 pagi. Sebab bergerak secara konvoi, sampai di tol Ayer Keroh hampir pukul 12 tengahari. Ramai juga yang ikut. Seingat saya adalah hampir 20 buah kereta. Tu termasuk sebuah van bas sekolah. Sampai di tol Ayer Keroh, ada lagi rombongan yang belum sampai. Dekat pukul 12.30 tengahari baru gerak ke rumah Mertua saya. Itupun saya dah bising sebab, saya belum siap apa-apa lagi. Mak Andam dah tunggu di rumah.


Sampai di rumah, laju je saya masuk bilik, tadah muka dekat Mak Andam. Mak Andam dah tunggu saya dari pukul 11 pagi ok! Sabar jelah... Nasib baik, beliau buat kerja sangat pantas. Mekap siap dalam masa 1 jam, bersiap-siap dalam setengah jam, dalam pukul 2 dah siap dah.
Memang cantik dan puas hati dengan mekap dan baju pun cantik terletak kat badan saya. Tak ada fitting ok. Dahlah pakej murah.

Saya dah siap-siap nak kuar berarak dah ni. Suami pun dah siap. Tak sabar, sebab sudah sangat lapar... Elok nak keluar bilik, saya tanya Mak Andam tu, mana kasut saya. Beliau cakap tak ada. Apa perasaan korang? Tak terkejut? Nak keluar sanding dah ni. Saya cuma berselipar sahaja dari Bangi tadi.
Saudara-mara saya yang perempuan, kaki semua saiz besar. Saya je yang bersaiz 5. Jumpa kasut sama saiz dengan saya, kasut sepupu Suami. Tapi warna PINK! Saya pakai baju warna biru ok. Last sekali saya pakai je sandal sepupu saya warna coklat, walaupun saiznya sangat besar. Kalau pakai kasut pengantin pun, memang besar sikit dari kaki saya.

Nanti tengoklah gambar saya berjalan cover kasut. Siap cakap dengan Apai, jangan ambil gambar banyak sangat kat bahagian bawah tu. Ketara sangat bezanya. Nanti saya sambung cerita pasal kasut tu. Sekarang, layan dulu gambar ni yer...

~ tak nampak kasut kan? ~

~ pelamin yang mereka buat sendiri ~

~ meriah tak meja makan pengantin? ~

~ coming soon. tunggu... ~

~ pengantin biru, kek pun biru... ~

Dah dulu ye...

2 comments:

nadeera said...

birunyer..sama ngan biru saya bertandang.. :-)cumanyer baju tu saya punyer sendiri..

O Ena O said...

maz ..mmg tak nampak lasung sandal maz tu..maz bukak cite baru tau! mmg amazing kan sape yg amik pic tu..myb baju maz pon membantu kot..
suke tgk khemas kenduri mase majlis bertandang nieh...