:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Tuesday, 8 June 2010

Perkembangan Terkini - 8 minggu

Alhamdulillah, hari ini genap 8 minggu usia kandungan. Syukur, masih lagi mampu bertahan dengan segala macam karenah badan ni. Sabar, nak jadi ibu kena kuat kan?

Setakat ini, masih tiada morning sickness. Kalau ada pun, cuma rasa mual-mual je. Cuma saya perasan, saya memang tak boleh terlalu penat. Bila penat dan letih, tu yang jadi muntah-muntah tu. Kalau tak ok je...

Selera makan, Alhamdulillah, tidak terganggu. Syukur sangat! Orang kata, selagi ada selera ni, makanlah kan. Kalau dulu, tengah-tengah malam lapar, buat tak tahu je. Sejak dah mengandung ni, kalau lapar je, bangun jugak. Walaupun sebenarnya tak larat dan tak ada selera pun. Tapi kesian pula kat anak kan

Cuma suhu badan, yang kadang normal, kadang naik mendadak. Itu yang mengganggu sikit tu. Kadang-kadang, pagi-pagi tak boleh nak bangun. Kalau dah tak boleh bangun tu, confirm la MC kan. Badan memang sengal-sengal macam orang demam tu. Saya juga perasan, dari hari Isnin sampai Jumaat, hari bekerja, hari Khamis mesti dah hilang tenaga. Dah dua kali hari Khamis ambil MC. Cuba gak gagahkan diri, tapi dah memang tak boleh kan. Kalau ofis tu berjarak beberapa kilometer tu, bolehlah juga, saya gagahkan ke ofis. Ini nak ke KL pun, dah rasa muntah dengan traffic jammed hari-hari tu.

Tak larat sebenarnya, dalam keadaan begini kena berjauhan dengan suami. Tapi, nak buat macam mana. Tabah jelah... Dengar-dengar, dah ada tempat untuk saya di tempat baru, cuma bila akan ditukarkan, tak tahu lagi bila. Masih menunggu pengganti saya di sini. Saya sangat-sangat berharap, dapat dekat dengan Suami dalam bulan Julai nanti. Harap sangat! Doakan saya ya!

1 comment:

sri seri said...

awak....kuat2 ye...moga dipermudahkan segalanya...