Saya nak tanya, bakal pengantin, ataupun orang yang pernah menjadi pengantin. Pernah tak mengalami situasi, majlis kamu dibanding-bandingkan dengan orang lain. Bukan keadaan majlis tau, tetapi isi dalam majlis, yang mana semuanya bagi saya adalah private & confidential.
Baru-baru ini, seorang sepupu saya telahpun selamat menjadi isteri orang. Alhamdulillah... Saya memang tak dapat pergi, sebab jauh ke seberang laut. Adalah makcik saya sekeluarga yang pergi juga, mewakili kami di sini. Dan biasalah, pasti ada cerita di dalamnya. Yang sebenarnya, saya tak kisah pun. tapi lam-lama saya tahu, dia cuba membuat perbandingan antara saya dengan sepupu saya. Perbandingan tentang apa? Tentang apa yang kami peroleh.
Yang pertama, tentulah tentang wang hantaran. Ye saya akui, memang wang hantaran saya tak banyak, sebab memang saya tidak berniat untuk menyusahkan bakal suami saya. Itupun bukan saya yang minta. Semasa perbincangan awal antara ibubapa saya dan ibubapa En. Tunang, tiada amaun yang diminta. Kalau mereka mahu beri, kami terima. Syukur Alhamdulillah. Sebenarnya tentang wang hantaran ni pun, ada kisah yang terjadi. Nanti saya cerita ya! Memang sepupu saya itu, dapat LEBIH banyak dari saya. Dan saya tak kisah pun. Cuma bila cerita, macam nak beritahu yang saya dapat itu sangat sedikit. Terasa juga serba sedikit.
Saya juga diberitahu yang kebanyakan barang perkahwinan sepupu saya itu, ditaja suaminya itu. Tak apalah. Memang itu rezeki dia kan... Saya pula, terima apa seadanya. Sebab bagi saya, cerita selepas perkahwinan lebih besar lagi. Kalau segala-galanya telah dihabiskan untuk majlis perkahwinan, apa nanti yang tinggal? Sekurang-kurangnya saya tahu, apa yang saya dapat itu, memang hasil titik peluh bakal suami saya. Bukannya sumbangan daripada ibubapanya.
Setiap orang punya pendapat masing-masing. Saya punya sebab untuk tidak menyusahkan bakal suami saya, tetapi saya nak beliau menghargai apa yang beliau buat untuk saya menjadi suri hidupnya. Tidak menyusahkan, bukan bermaksud tidak kisah langsung. Bukan itu ya maksudnya. Saya mahu apa yang beliau buat kini, akan beliau kenang sampai bila-bila. Dan saya juga akan ingat apa yang beliau korbankan untuk saya. InsyaAllah...
2 comments:
duit hantaran banyak sebab jauh kott...yelah,org 'obersea'...huhuhu
yang paling penting kehidupan selepas kahwin iaitu alam rumahtangga..buat ape hantaran mahal kalo seme tu dr hutang ..mane tau kan? xpe maz...yg penting maz bahagia hingga ke akhir hayat..insya Allah..ameen..
org cume pandai banding dn berckp je..ish ish..mulut2...
Post a Comment