Hari ini pertama kali saya bermekap2 sambil drive. Wah, boleh ke? Boleh... Kalau jalan jammed la. Kalau jalan tu clear je, takdelah nak mekap dalam kete. Tunggu sampai ofis la nak mekap-mekap. Tapi disebabkan jalan ke KL semenjak budak2 masuk sekolah ni, sangat-sangat teruk jammed, saya mendapat idea untuk bersiap-siap sambil drive saja. Lagi pula, tadi sudah terlewat bangun daa...
Apa ingat saya ni mekap-mekap bagai ke? Biasa-biasa je. Bedak sket, vaselin, dan lipstick la kan... Dan yang paling penting adalah eyeliner. Kalau tak ade, rasa macam orang baru bangun tidur je. Mata nampak sebab bagai ok...
Orang kiri kanan tengok saya? Hahaha! Lantaklah. Bukan togel pun kepala ni. Cuma belum pakai tudung kemas-kemas jer. Agaknya lepas ni, everyday pun boleh buatlah ek. Ada hati nak bangun lambat hari-hari. Hahaha!
Nota Hati : Takkan nak biar muka pucat lesi je pegi keje...
No comments:
Post a Comment