:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Sunday, 31 January 2010

Jurnal 2 Hati : 055 - Jalan-jalan ke Nilai 3

Mesti tau saya buat apa ke Nilai 3. Mmm, mencari barang-barang untuk majlis saya la. Banyak juga dah selesai. Tapi, banyak juga yang nak kena cari lagi. Semalam kebanyakannya adalah barang-barang untuk gubahan hantaran.

Memang pada awalnya, saya ingatkan nak hantar je tempah dekat orang. Tapi, bila fikir-fikir semula, bukan susah pun nak buat. Lagi pula saya kan cenderung kepada benda-benda seni ni. Kalau ini pun saya hantar tempah, tak rasalah pulak kehangatan+kepenatan nahu berkahwin. Hehe...

Selain dari ini, misi membeli bunga pahar pun selesai. Juga bunga rozek untuk penanggah. Ada sesuatu yang memikat hati saya semalam. Mungkin saya akan ke Nilai 3 lagi minggu depan. Biarlah setel awak-awal. Takut dah dekat-dekat nanti, lagi macam-macam nak dibuat. Betul tak?

Misi hari ini, insyaAllah bersama En. Tunang pula. Mahu membeli barang-barang hantaran yang tak cukup lagi tu. Mahu ke mana? Mmm, tak pasti lagi. Tunggu jelah laporan nanti atau esok ya!

1 comment:

NInA said...

salam,,mazni..leh tau tak kedai yang u prefer,,i nk pg shop nilai this 13 feb,,ngan masa yang ciput untuk shop n searching the shop yang tawar harga ok..cn u sugest me,,,huhu,,tq