:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Tuesday, 4 August 2009

Kita Takkan Tahu...

Apabila berlaku sesuatu kejadian yang tidak diingini kepada seseorang, pasti kita dengan mudahnya, menyalahkannya atas apa yang telah terjadi. Begitu mudah hukuman dijatuhkan tanpa penilaian dibuat dengan teliti. Sama juga apabila kita melihat seseorang yang pada pandangan mata kita seolah-olah kita sudah tahu siapa dia. Sedangkan kita sendiri belum punya kesempatan untuknya mengenalinya dengan lebih mendalam. Begitu mudah, kita meletakkan sesuatu yang sebenarnya bukan pada tempat yang betul.

Baru-baru ini saya menemankan seorang sahabat membuat laporan polis mengenai kes ingkar untuk membayar hutang. Reaksi pegawai polis yang mengambil laporan, 'Awak pun baik sangat bagi duit dekat orang tu, sapa suruh?'. Hey, Encik Polis... Manalah kita nak tahu, camni jadinya. Kalau kita dah tau, apa yang akan jadi pada masa depan, mestilah kita takkan buat perkara yang boleh memusnahkan diri kita sendiri. Yang telah berlaku, tetap dah berlaku. Untuk berpatah balik, memanglah tak boleh. Apa yang penting, ambil pengajaran dan jangan diulangi lagi kan? Semua yang berlaku ada sebabnya. Takkan DIA menjadikan sesuatu, tanpa sebab kan? Semuanya ada hikmah. Kalau apa yang berlaku untuk menambahkan lagi rasa keimanan kita pada-NYA, bukankah itu yang sebaiknya.

Seperti juga kejadian yang berlaku dalam negara beberapa hari yang lepas. Jangan dinilainya, hanya pada pandangan mata kasar. Saya tidak menyebelahi mana-mana pihak. Tapi bagi saya, menahan tertuduh tanpa bicara itu, kejam namanya. Tidak kasihankah kepada anak-anak yang membesar tanpa kasih sayang daripada seorang ayah. Tanpa mengetahui apakah kesudahan nasib insan yang mereka kasihi. Ibarat menanti buah yang tidak gugur kan? Jika perginya bernisan, sejuk juga hati menerima kenyataan, kerana sudah pasti tidak kembali lagi. Jika pergi, tanpa tanda?

Kesimpulannya, kita takkan tahu apakah perasaan mereka, sehinggalah kita sendiri merasainya. Jadi, janganlah mudah kita menjatuhkan hukum, kalau kita sendiri belum lagi menilai dari segala aspek. Apa yang telah berlaku, jadikan pengajaran. Tanpa kesilapan, kita takkan belajar sesuatu daripada kehidupan. Tapi, kesilapan bukan untuk diulangi yer...

Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih...





glitter-graphics.com

No comments: