:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Monday, 9 March 2009

Yang Teraniaya...

Dua hari lepas, aku diberitahu mengenai seseorang. Seseorang yang pernah hadir seketika di dalam hidup aku. Seseorang yang hampir sahaja menghancurkan seluruh hidup aku. Syukur ku sedar. Syukur pada-MU Ya Allah...

Aku tidak mendoakan kehancurannya. Aku tidak mendoakan untuk dia sengsara. Tapi kejadian aku dianiaya bersama-sama sahabatku, benar2 mengingatkan aku pada apa yang berlaku padanya kini. Tapi benarlah, doa yang teraniaya memang dimakbul. Ya Allah, berdosakah aku? Berdosakah aku kerana memakinya? Aku cuma berkata untuk melepaskan rasa yang terbuku di hati. Ya benar, dalam keadaan amarah menguasai diri, terkadang kita tidak sedar apa yang kita lakukan. Kita tidak boleh berfikir secara waras. Itulah yang aku perlu belajar kini. Belajar untuk mengawal diri sendiri.

Aku teringat satu kejadian semasa aku di zaman persekolahan dulu. Aku pernah dianiaya seseorang. Sehingga aku dinasihati oleh rakan2 untuk berserah pada-NYA dan yakinlah bahawa sesungguhnya doa yang teraniaya itu, dimakbulkan-NYA. Dan aku melakukan seperti yang dinasihati. Dalam masa tidak sampai dua minggu, aku peroleh jawapannya di hadapan mataku.

Sebab itu, seboleh mungkin aku tidak mahu apa sahaja yang aku lakukan sehingga menyebabkan dia menjadi yang teraniaya. Aku tidak mahu berada di tempat yang menganiaya. Aku tahu sengsara menjadi yang teraniaya...

No comments: