:: Nuffnang ::

:: Pengikut Setia ::

Wednesday, 24 July 2013

Yang Terlepas

Entri saya yang terakhir pada Mei 2012. Masa tu saya tengah sarat mengandung anak kedua. Sekarang anak kedua saya tu dah pun berumur setahun. Lama betul tak update kan? Mesti ada yang tertunggu-tunggu kan? Hehe, macamlah ramai sangat yang baca blog ni pun...

Yang bestnya, walaupun entri takde, Earning Nuffnang tetap juga berjalan. Bergantung pada entri saya yang lama-lama la kan. Walaupun dah lama tak blogging, saya tetap berjalan-jalan ke blog kawan-kawan dalam list saya kat sebelah ni. Kagum sebab walaupun status lebih kurang je macam saya, masih mampu menaip entri terbaru untuk tatapan. Korang memang SUPERMOMMY la!

Ok2, anak sulung saya, Kakak Sakinah ramai dah kenal kan? Jom saya kenalkan anak kedua saya ni...


MUAZ AFFAANI BIN ABDUL HALIM

Muaz - nama sahabat Rasulullah
Affaani - nama Saidina Uthman Affan ra

Dilahirkan pada 20 Julai 2013 iaitu sehari sebelum Ramadhan tahun lepas.
Pada hari Jumaat, 12.35 tengahari sebelum Babah pergi menunaikan Solat Jumaat.

Alhamdulillah sudah berusia setahun pada 20 Julai yang lepas.
Masih bertatih belajar berjalan.
Masih FULLY BF, Alhamdulillah syukur.
Masih belum ada tanda-tanda bakal menjadi Abang.
Haha! Ini penting...

Ok, sampai di sini dulu. Moga dikurniakan kerajinan mengUPDATE blog macam korang semua. Ameen...


Setelah Sekian Lama...

Assalamualaikum...

Lama menghilang kan? Terkejut? Entri terakhir saya adalah pada Jun tahun lepas. Sekarang dah Julai 2013. Lebih setahun kan? Rasa rindu sangat nak berblogging. Kenapa lama menghilang? Tak payah cerita banyak, alasannya cuma MALAS! Haha, boleh?

Cerita terbaru, Alhamdulillah sekarang anak saya sudah sepasang. Alhamdulillah atas kurniaan-Nya. Tak perlu cerita banyak, tepek sket muka anak-anak untuk tatapan anda semua...




Monday, 28 May 2012

Budak Nak Dapat Adik

Minggu ni nak masuk 8 bulan usia kandungan. Uih, tak lama dah tu. Persiapan? Banyak guna barang Kina je, since tak jauh sangat pun bezanya. Cuma tambah juga baju sikit-sikit. Takkanlah tak ada langsung yang baru untuk adik baby.

Hari ini nak cerita kisah budak yang dah nak jadi kakak tu. Makin banyak 'peel' yang kadang-kadang comel, kadang-kadang tak comel juga. Hehe... Sabar jelah kan... Lagipun dia masih terlalu kecil kan...

Rasanya macam kemaruk nak bercakap. Sebab mulut memang tak berhenti membebel-bebel. Alhamdulillah, banyak yang kita cakap dia dah boleh faham, dah boleh terima arahan. Tu yang bersyukur sangat. Cuma bila dia belum pandai bercakap dengan betul, ada benda yang dia nak, kita tak faham, maka menjerit + menangis jelah. Tu yang kadang-kadang pening, sebab tiba-tiba je dia akan macam tu. Jadi kena pandai-pandai tanya, apa yang dia nak sebenarnya.

Oh, dah pandai merajuk, kalau kita marah. Bila merajuk, akan meniarap di lantai, konon-konon tanda proteslah tu. Hehe... Comel je kan... Sekarang comel la... Kalau sampai besar, memang comotlah jadinya. Hehehe...

Sekarang kami suami isteri memang kena hati-hati dengan perbuatan, sebab dia memang akan ikut. Tapi yang saya perasan, dia lagi cepat ikut apa yang Babah dia buat. Tu yang selalu je saya sound suami, buat perangai elok-elok depan anak. Kalau tak kang, tiba-tiba je tengok dia dah tiru dah. Aduhai...

Itulah kisah anak yang baru seorang tu. Kalau dah dua, tak terbayang rasanya. Tapi, semuanya perlu dihadapi kan. Bak kata pepatah, 'Alah bisa tegal biasa'. Anak pun, bukan orang lain kan?

Budak tengah merajuk sebab nak kuar jalan-jalan


Monday, 21 May 2012

Ada, Tapi...

Sebenarnya rasa bersemangat mahu menulis. Idea pun banyak je... Tapi bila nak mula menaip, macam ada je halangan. Ke alasan je tu? Hehehe...

Rasanya macam terlebih rajin menulis di blog yang satu lagi. Kalau rasa-rasanya tengok saya macam kurang menulis di sini, cuba tengok di sana. Hari-hari pun ada...

Oh, saya masih pengguna Shaklee & masih berbiz Shaklee. Hari tu macam terberhenti kejap, masa awal-awal mengandung dulu. Kalau rasa-rasa mahu tahu lebih lanjut tentang produk Shaklee, dan pelbagai lagi info kesihatan, bolehlah ke blog Stor Vitamin saya tu.

Ok, sampai sini dulu. Daa...

Sunday, 13 May 2012

Kami Ke JB

Dari hari tu berjanji nak buat entri masa sambutan ulangtahun kedua perkahwinan kami. Tapi, sampai ke sudah tak buat-buat kan. Haiisshh... Berjanji lagi... Maaf kepada yang tertunggu-tunggu tu. Terlalu sibuk dan terlalu penat. Maklumlah 'Mak Buyung'. Hahaha!

Disebabkan tarikh 1 Mei jatuh pada hari Selasa, jadi saya memang plan untuk bercuti pada hari Isnin, 30 April. Kalau tidak merancang untuk bercuti-cuti pun, saya plan untuk buat sesuatu yang istimewa, memasak mungkin... Tapi, Suami beritahu yang beliau perlu ke JB atas urusan kerja pada hari tersebut. Apa lagi, tentulah nak ikut kan... So, sememangnya kami plan untuk bermalam di JB dan meraikan ulangtahun di sana.

Tapi, kita hanya mampu merancang kan. Tiba-tiba suami kena panggil ke training di KL pada hari Isnin tu. Tak apalah, redha jelah... Lagipun beliau cakap akan ke JB petang tu juga, selesai training. Jadi, xdelah frust sangat kan. Sekali lagi, apa yang dirancang tak jadi, training habis pukul 7 malam, dan pukul 9 malam suami sampai rumah. Kalau ikutkan, beliau nak jalan malam tu juga, sebab tak nak kecewakan kami berdua yang dah tunggu dari pagi. Tapi, saya tengok beliau sangat letih, tak apalah... Tunda perjalanan esok pagi. Maknanya tak jadilah nak bermalam di JB. Nasib baik memang belum booking hotel. Kalau tak memang frust sangatlah kan...

Jadi, kami bergerak pada pagi 1 Mei dari Bangi. Alhamdulillah, Sakinah tak meragam dalam perjalanan, walaupun agak jauh kan. Diam je duduk dalam car seat, langsung tak minta keluar. Dapat buku, dok membebel sorang-sorang kat belakang. Tak banyak tempat pun kami pergi, sebab suami ke sana pun atas urusan kerja kan. Yang bestnya, dapatlah singgah di JPO yang diperkatakan ramai tu. Memang seperti yang dijangka, barangan branded memang murah-murah. Tak memborong pun, tapi insyaAllah akan pergi lagi...

Walaupun apa yang kami rancangkan banyak perubahan di saat akhir, namun saya tetap bersyukur dan gembira. Tak apalah, mungkin bukan rezeki kali ini. Akan datang, mana tahu lebih baik lagi kan... Kat bawah sedikit koleksi gambar 'Kak Nam' kesayangan saya masa di sana...




 


Wednesday, 2 May 2012

Ulangtahun Ke-2. Alhamdulillah...

Alhamdulillah, semalam genap usia perkahwinan kami 2 tahun. Dan hari ini, sudah masuk tahun ketigalah kiranya kan? Semalam tak sempat buat entri baru, sebab sibuk berjalan-jalan dari pagi sehingga ke malam. Auto publish pun tak ada. Ingatkan nak buat minggu lepas. Tapi, Sakinah tak sihat sepanjang minggu lepas. Jadi, bila di rumah masa yang ada hanyalah untuk melayan karenah anak dara tu.

Nak cerita apa yang kami buat semalam, seharian suntuk. Sebenarnya, perancangannya lain, namun ketetapan Allah juga yang mengatasi segala-galanya. Apa yang penting, kami tetap gembira, walau apa pun perancangannya.

InsyaAllah, kalau sempat, malam ini akan menyusul entri aktiviti kami semalam. Tunggu yer...